Anugerah

Tak tahu apa.

Tak tahu apa yang telah diri serba kurang ini lakukan sehingga Dia beri aku merasa perasaan yang tak semua manusia dapat menikmatinya. Sepertinya menerima anugerah tanpa apa-apa pencapaian significant.

Diberi peluang melihat wajah mereka yang bercahaya di dalam happy circle. Wajah-wajah yang bersinar merindukan perjumpaan sebegini rupa. Lapar dan mendahagakan hidangan jiwa. Perjumpaan bukan sebarangan tapi pertemuan hati-hati yang disatukan Tuhan, pertemuan jiwa-jiwa dalam tubuh yang mahukan perubahan.

Ini sangat manis. Boleh kena diabetes!

Bila diundur masa beberapa ketika, difikiranku pemandangan dan suasana ini kelihatannya mustahil. Sungguh aku telah melakukan salah satu kesalahan seorang daie, menjadi judgemental dan punya preconceived idea yang tidak bagus.

Sedangkan aku sangat suka akan hadis ‘Andai di tanganmu ada biji benih dan hari esok dunia bakal hancur maka tanamlah ia’ (qal au kama qaal) tetapi tak bersikap begini terhadap binaanku. Pernah saja aku melafazkan kata-kata orang putus asa mahu berserah saja padahal tak berusaha sungguh-sungguh lagi pun.

Benarlah hati-hati kita Allah yang sentuh.

Pasca pelbagai program tarbiyah yang lalu aku lihat akan anjakan yang berlaku. Terasa ada beban besar tergalas di dua bahu. Sebagai pekerja di kilang bata posisi quality control, perlu memastikan bata yang terhasil adalah yang terbaik dari kilang.

Allah..realitinya aku bukan si pembuat bata tapi si pembina manusia.Membina manusia menjadi individu muslim yang sebenar.Membina rijal yang bersedia dan kuat untuk Addeen ini kembali menjadi yang tertinggi.Oh, terlalu besar dan beratnya pekerjaan ini.Tanpa gaji bulan-bulan, ingatlh sahabat seprjuangan allah janjikan pahala yang berterusan.

Allah sesungguhnya rijal-rijal Addeen ini sedang berusaha ke arah itu.

Mohon kekuatan dariMu.

Jujurnya aku sangat sayangkan mereka dan kalian kerana Allah.

Advertisements

Sharing is caring :))

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: