Pengajian di Jordan

Jordan semakin dibanjiri oleh pelajar-pelajar Melayu , menjadikannya negara kedua teramai pelajar Malaysia di Timur Tengah selepas Mesir . Penampilan tokoh agama tersohor Malaysia yang terdiri daripada golongan pemegang ijazah daripada universiti di Jordan dan penghantaran beratus-ratus pelajar tajaan kerajaan untuk melanjutkan dalam bidang perubatan dan pergigian , telah membuka mata ibu bapa dan masyarakat untuk turut serta menghantar anak mereka mengutip mutiara ilmu di Bumi Anbiya’ dan Para Syuhada’ di Jordan ini.

Kami mahasiswa yang menuntut di Jordan sekarang sangat mengalu-alukan kedatangan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sini. Di harap agar beberapa siri pengenalan kepada pendidikan tinggi di Jordan yang kami sediakan untuk membantu anda bagi mendapatkan gambaran awal tentang kehidupan pelajar di sini.

Pengajian Tinggi Di Jordan Terdiri Daripada 3 Tahap:

  • Sarjana Muda
  • Sarjana ( Master )
  • Doktor Falsafah ( PhD)

Universiti di Jordan:

  • Jordan of Science And Technology ( Mantiqah Irbid )
  • University of Yarmouk ( Mantiqah Irbid )
  • Jordan University ( Mantiqah Amman )
  • University of Mu’tah ( Mantiqah Mu’tah )
  • University of Al Bayt ( Mantiqah Mafraq )

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan:

Pengajian Sains ( hanya di Jordan of Science and Technology )

  • Perubatan / Pergigian
  • Fizik

Pengajian Syariah Islam

  • Pengajian Bahasa Arab
  • Fiqh wa Usul
  • Usuluddin
  • Ekonomi dan Perbankan Islam ( hanya di Universiti Yarmouk )

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum :)

Advertisements

3 Responses to Pengajian di Jordan

  1. amir luqman says:

    Kalau Accounting ada tak? Bawah pengajian apa ek? Dalam borang KPT dekat bahagian Bidang Pengajian Yang Dimohon nak tulis gapo kalau nak amek Accounting? Syukran ‘ala kulli hal

    • dhiyaulkahfi says:

      Accounting ada ditawarkan oleh pihak Universiti Yarmouk di Irbid, Jordan. Cumanya setakat ini tiada lagi pelajar Malaysia yang mengambil bidang tersebut. Dan bahasa penghantar semestinya di dalam Bahasa Arab.

      Saya cadangkan Saudara Amir Luqman boleh hubungi direct kepada pejabat pendidikan di Putrajaya untuk tahu sama ada ia diiktiraf atau pun tidak oleh kerajaan Malaysia. Syukran atas pertanyaan, semoga ia membantu :)

      Ahlen ila Urdun!

  2. liyana afiqah says:

    salam,berapakah pointer result SPM yang diperlukan untuk memohon course ekonomi dan perbankan islam di Yarmouk University?

    syukran =D

Sharing is caring :))

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: