Celupan siapa?

My School Rocks, oleh Disney Channel kini menyerang sekolah-sekolah kita di Malaysia. Inilah kita panggil Ke arah mem’barat’kan melayu. Oh, adik2ku!

Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia?

My School Rocks!

Sang Barat sejak kekalahan dalam perang Salib (1248-1254) telah mengkonklusikan strategi baru yang dipanggil perang pemikiran [baca:Ghazwatul Fikr] dalam mengalahkan ummat islam.

Memetik kata-kata King Louis VI raja Perancis yang meninggalkan wasiat terakhir beliau:

“Kita kalah dalam peperangan ini kerana umat islam berpegang teguh dengan kitab mereka (Al-Quran) Mereka berperang untuk mati (syahid) manakala kita berperang untuk hidup.Jadi kita kena ubah taktik untuk memerangi mereka, Kita tak usah lagi berperang menggunakan senjata tetapi kita perangilah pegangan mereka.Kita mesti buang Al-Quran dari dada mereka. Percayalah! selepas ini kita akan berjaya…”

Yup! Itu konklusi mereka. Perlu buang Al-Quran dari dada muslim.. kemudian larutkan keperibadian muslim mereka.. hilangkan rasa Ezzah Islam mereka.. timbulkan rasa was-was dan ragu-ragu dengan cara hidup mereka. Biar sedikit-sedikit mereka mengikuti cara hidup kita, pakaian kita, cara makan kita, bahasa kita sehingga hilanglah identiti mereka.

Tarikh tutup penyertaan kempen di atas ini pada 20 Mei 2011 ini.
Oh Ummah, masih sempat untuk kita berbuat sesuatu.

Takut-takut makin pekat celupan kebaratan mereka. Kalau dari sekolah telah dididik, semakin dewasa risau-risau lebih menjadi-jadi.

Bukti kejayaan taktik mereka ini memang banyak terbentang.

Terbaru, dengan kelahiran kumpulan artis2 malaysia yang cuba-cuba menyerupai kumpulan K-Pop a.k.a Korean Pop menimbulkan isu hangat pembangkang-penyokong yang besar dalam arena hiburan malaysia. Oh apakah yang sudah terjadi kepada umat islam malaysia ku?

melawan kumpulan korea ini..

Yang kumpulan lelaki tidak mahu ketinggalan juga.
Tanggungjawab Islah umat di tangan siapa?Sebelum mereka menghancurkan kita…

Sibghah Allah, siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah. [Al Baqarah: 138]

Advertisements

Sharing is caring :))

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: