Bercakap biar indah

Selagi nadi masih berdenyut,jantung masih gigih mengepam darah dan otak masih ligat berfungsi..maka Alhamdulillah,seluruh organ-organ turut berfungsi dengan izinNya. Namun,kita selalu terlupa,kita ada tanggungjawab terhadap apa yang Allah beri ini dan mereka juga ada hak-haknya yang perlu ditunaikan.
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ
بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jirantetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah diamemuliakan tetamunya.
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]

Mungkin kita masih tidak berat dan boleh berhati-hati dalam mengemudi mata,perut,tangan dan telinga..alhamdulillah jika begitu. Kalau terbabas, kesannya lebih banyak pada kita. Tetapi lisan sering kali kita terlepas pandang dan terkurang perhatiannya.Entah kenapa,terasa susah dikawal dan dijaga. Sangkaan kita rasanya ok, tapi tidak sedar ada yang terasa.
[1 Mei 2009] Usai solat Maghrib dan membaca Ma’thurat, kami rapat ke tirai yang memisahkan banin  (pelajar lelaki) dan banat (pelajar perempuan) untuk mendengar kulliyah Mahgrib yang disampaikan seorang ikhwah (lelaki). Antara penat dan tidak, ada mata yang bulat ada mata yang kuyu. Penat dan tepu mungkin. Tajuk yang disentuh berkisar tentang Tazkiyyatun Nafs (penyucian diri), ‘Mengatur Lisan’. Isinya ada yang ‘membakar’ diri. Malam itu, siap ada rakan saya yang down apabila mendengar tazkirah tersebut. Semoga Allah Memberi hidayah dan taufik kepada kita.

[sedang menyelak buku catatan~ hehe.]

Dalam bicara-bicara kita, ia sebenarnya berkisar 4 perkara;

  • Ada bahaya semata-mata
  • Ada manfaat semata-mata
  • Bahaya juga manfaat
  • Langsung tiada bahaya,langsung tiada manfaat.
Dalam 20 bencana lisan yang diceritakan (yg ke-20 ‘paling bencana’), berkata-kata yang tak perlu menduduki tangga no 1. Rasa lega? Tidaklah patut kerana ia sudah termasuk jua dalam bencana. Andai kita adalah orang terakhir dalam senarai nama yang mendapat biasiswa,maka tetaplah kita akan gembira. Samalah juga hal ini ia tetap termasuk dalam 20 bencana , maka bimbang-bimbanglah kita pada bencana ini.
Ada masa kita berborak gembira dengan rakan-rakan. Berbincang hal macam-macam. Dari satu cerita meleret ke cerita lain. Jika ceritanya sama cerita bagus, pasti bermanfaat untuk kita. Tetapi sadisnya,andai dari bual-bual angka 1000 berpindah ke bual-bual angka 0..hilang nilai di hadapannya,jauh kita tak sedar. Termasuk pula tentang perkara yang sia-sia. Kita sering begini. Sama ada menggunakan suara atau tulisan (cth; komen-komen bernilai kosong di laman sosial)
Dalam kita bergurau dengan rakan-rakan,kita sebolehnya mahu bermesra dengan dia. Senda tawa tambah bicara,mengeratkan lagi hubungan kita bersama. Tetapi jangan sampai tersalah langkah. Bergurau terlebih garisan. Khuatir tersebut benda yang dia tidak senang pula muncul dari bibir kita. Sebab tidak semua benda yang kita suka,orang lain pun suka. Tidak semua benda yang kita tak sensitif, orang lain tak sensitif. Berhati-hati menyusun kata, supaya tiada yang memendam rahsia kesakitan di hati. Parah jika dibiar membusuk, dosa kita bertalam-talam. Ini dia bahaya apabila kita letakkan lisan di hadapan hati. Nau’dzubillah.
Suatu-suatu masa juga kita hebat bercerita dan berkongsi input-input yang bermanfaat,ilmu buat bekalan dan pedoman sepanjang hidup. Tetapi sayangnya, kadang-kadang lidah kita terbelit dan menyimpang arah lain. Benda-benda yang tak perlu diselit-selitkan,ada yang membuat dosa terpalit. Susu putih yang kita harap,rupa-rupanya dah jadi air kopi yang keruh.
Jika bergaduh lagi parah, macam-macam kata-kata hodoh kita hamburkan. Kita tak hirau benda lain dah,asal kita rasa puas dan kita menang. Yang pelik lagi, pernah juga kita menyebut kata-kata hodoh bukan ketika marah atau didorong emosi,tetapi saja-saja. Sebab kita dah biasa menyebut,kita tak rasa perkataan itu salah malah cantik dan standard di bibir kebanyakan manusia. Malang apabila sudah menjadi percakapan seharian.Telinga kita pula jadi terheret sama. Mungkin kita lupa setiap perkataan ada nilaiannya. Setiap perkataan Allah hitungkan buat kita. Mungkin kita terlupa erti keindahan bahasa terletak pada apa.
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
[Qaf : 18]
Selalu pujian dianggap baik. Namun,sedikit yang tahu bahayanya jika ia terlebih-lebih. Hakikatnya, memuji-muji (yang keterlaluan sehingga berdusta) diletakkan yang ke-18 dalam 20 bencana lisan. Terlalu inginkan pangkat,habuan dari manusia serta bonus memaksa kita memakai ‘topeng biawak’ untuk melakonkan aksi lidah bercabang penuh dusta. Melupakan bahawa dia adalah manusia sebaik-baik kejadian,tetapi manusia menghina manusia sendiri. Allah tidak pernah zalim pada hamba-hambaNya.
Kita juga kata kita jaga ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita), tapi kenapa bila kembali bersembang duduk dengan rakan-rakan..kita berbincang benda yang tidak sepatutnya (lebih-lebih). Ada kalanya,sehingga merendahkan maruah seseorang secara tak sedar..sehingga jika empunya badan yang mendengar pasti terasa malu dan gerun. Na’udzubillah. Bukankah Allah Maha Mendengar pada setiap masa?
Kata Syeikh A’idh Abdullah Al-Qarny dalam tulisannya ‘Jagalah Allah,Nescaya Dia Menjagamu’

” Berapa banyak lisan lepas melesat kepada kemaksiatan. Berapa banyak malaikat mencatat perkataan yang buruk dan busuk dalam buku catatan yang pasti akan dilihat dan dibaca oleh orang yang melakukannya dan dia menyesal pada waktu mana penyesalan sudah tidak ada gunanya.”

Menjaga lisan mungkin merupakan perkara yang sukar antara perkara yang tersukar untuk dijaga. Sebab ini ciri-ciri orang yang berjaya. Mahu berjaya,memang sangat perlukan usaha dan mujahadah. Allah s.w.t berfirman;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia [Al-Mu’minun:3]
 Berusahalah untuk menjaganya dan Allah akan memuji kamu.
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara),Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
Bukankah seorang Muslim itu adalah mereka yang selamat dari bahaya lidah dan tangannya?sama ada dalam bicara secara live, blog, facebook,twitter,myspace dan lain-lain, kita seorang Muslim yang membawa keselamatan pada orang lain.
Mari indahkan bicara kamu wahai hamba Allah~
Advertisements

Sharing is caring :))

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: