Prosedur permohonan melanjutkan pelajaran ke Jordan khusus untuk rakyat Terengganu

YAYASAN TERENGGANU (YT)

1) Dapatkan borang permohonan melalui Yayasan Terengganu, anda bolehlah mendapatkan borang berkenaan melalui link berikut http://www.ytrg.terengganu.gov.my.trg.

ATAU

2) Merujuk maklumat yang berkaitan dengan YT:

Alamat:
Yayasan Terengganu,
Bangunan Yayasan Terengganu,
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

tel: 09-6221733
faks: 09-6232944
email: info@ytrg.terengganu.gov.my
waktu perkhidmatan : AHAD-RABU :7.30 pagi- 5.00 ptg
KHAMIS :8.00 pagi- 3.30 ptg
SABTU :8.00 pagi- 12.00 tengahari

p/s: lebih mudah lagi terus berurusan di pejabat YT.
ambil perhatian pada tarikh tutup permohonan.
tunggu untuk panggilan temuduga ( biasanya pihak yayasan akn menghubungi anda utk menghadiri sesi temuduga)

Majlis Adat dan Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM)

1) Dapatkan borang permohonan di pejabat MAIDAM.
2) Berikut maklumat berkaitan MAIDAM yang boleh dirujuk:

Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Sri Iman,Jalan Sultan Mohamad,
20519 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

tel : 09-6303030
faks :09-6248134
emeil: info@maidam.gov.my

3) Isi borang tersebut dengan lengkap.Lihat syarat-syarat yang dikemukakan. Biasanya syarat utama utk mendapatkan dermasiswa MAIDAM adalah bermastautin di Terengganu. (asal dari Terengganu)

*Bagi yang ingin meminta zakat Terengganu,anda mestilah mendapatkan surat penolakan Yayasan Terengganu bagi menegaskan lagi bahawa anda tidak mendapat mana-mana tajaan lain.

Berikut adalah contoh surat yang perlu diberi kepada pihak YAYASAN TERENGGANU bagi mendapatkan surat penolakan pinjaman Yayasan Terengganu.

Pengarah,
Yayasan Terengganu,
Bangunan Yayasan Terengganu,
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
____________________________________________________

Nama pemohon,
Alamat pemohon. TARIKH

Tuan,

MEMOHON TAJAAN MENYAMBUNG PELAJARAN KE LUAR NEGARA

Merujuk kepada perkara di atas,saya _(nama pemohon)_ ingin memohon jasa baik pihak Yayasan Terengganu untuk menaja saya menyambung pelajaran ke luar negara dalam bidang Pengajian Islam Usul Fiqh di Universiti Yarmouk,Jordan.

2.Untuk makluman pihak tuan,saya lampirkan kos tanggungan hidup di Jordan dan tarikh berangkat ke sana.

Tarikh berangkat : 1 September 2012
Yuran pengajian tahun 1 : RM 5000 (anggaran)
Kos sara hidup bulanan : RM 800

3.Saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi jawapan dengan kadar segera dan mempertimbangkan permohonan tajaan saya.Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,
(_____________)
nama
i/c

# ni adalah contoh surat nak dapatkan penolakan daripada Yayasan. Biasanya surat tu akan dapat pada hari yang sama.

NOTE: borang ini adalah bagi yang memohon dermasiswa zakat sahaja.

Semoga bermanfaat! Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat pada manusia lain. Ke arah menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia yang lain seperti dalam muwasafat tarbiyah :)

Kata As-Syahid Hassan Al-Banna: “Jadilah seperti pokok buah. Bila diserang/dilempar batu, pokok akan mebalas dengan gugurkan buah”

Advertisements

Sharing is caring :))

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: