Sifat-sifat osem lagi menarik!

MUWASAFAT TARBIYAH

1. Salimul Aqidah

– Hadith Rasulullah, “Sesiapa yang redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agamanya dan Muhammad adalah nabi Allah, nescaya telah ditetapkan baginya syurga”.

– Seorang akh hendaklah sentiasa merasai muraqabah Allah, mengikhlaskan niat dalam semua amal, sentiasa mengingati akhirat, mendekatkan diri dengan Allah dengan ibadat nawafil, memperbanyakkan zikrullah dalan setiap keadaan dan sentiasa mengamalkan doa ma’thur dari nabi s.a.w.

2. Sohihul Ibadah

– Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya : “Telah datang tiga orang lelaki ke rumah isteri-isteri nabi s.a.w bertanyakan perihal ibadat nabi ; Apabila diceritakan kepada mereka, mereka seolah-olah memperkecilkanya dan mereka berkata : “Di mana kita kalau nak dibandingkan dengan nabi s.a.w. yang telah diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu dan yang akan datang”. Salah seorang dari mereka berkata : “Aku akan solat sepanjang malam dan tidak akan tidur”. Yang lain pula berkata: “Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka”. Yang lain pula berkata: “Aku tidak akan berkahwin selama-lamanya”. Maka datang Rasulullah dan bertanya : “Kamukah yang berkata bengini dan begini? Adapun aku demi Allah! Adalah manusia yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa dari kamu semua, tapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku rehat, aku juga berkahwin, barang sesiapa yang tidak mengikut sunnah aku maka ia bukan dari kalangan ummatku”.

3. Matinul Khuluq

– Dan sesungguhnya, engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur. [al-Qalam: 4]

– Pesanan As-Syahid Al-Banna kepada kita :

  1. Wajib ke atas individu muslim mempunya perasaan lembut hati, cepat peka dengan kebaikan, benar pada percakapan dan tingkah laku.Mempunyai sifat rendah diri (tawadho’) pada tempat yang sepatutunya.
  2. Bercakap benar dan tidak berdusta sama sekali, kuat keinginan dan tidak ragu-ragu, setia dan tidak mungkiri janji dalam semua keadaan.
  3. Gagah…. Dan sebaik-baik kegagahan : Berterus terang dalam hal kebenaran, menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan dan menyesali diri.
  4. Tegas, dalam ertikata tidaklah menjadi halangan gurau senda dalam hal yang benar, dan ketawa untuk memutikkan senyuman, juga bersederhana …
  5. Menjauhi diri dari bersahabat dengan rakan yang jahat atau yang boleh mempengaruhi diri jadi jahat dan juga tempat-tempat yang melalaikan.

4. Qawiyul Jism

– Dengan ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang ( dhoif ) lemah”. Juga maksud sabdanya lagi : “Sesungguhnya bagi jasad kamu ada hak ke atas kamu (penjagaan)”.

5. Muthaqaful Fikr

– Seorang Akhi pendakwah hendaklah gigih dalam pembacaan, penulisan dan pembelajaran, dan hendaklah ada memiliki untuk dirinya sebuah maktabah khusus sekali pun kecil. Hendaklah akh dai’eah memperluaskan ilmunya. Perlu juga baginya memperelokkan tilawah al-Quran dan tadabbur maknanya, mempelajari sirah Nabi s.a.w. dan sejarah terdahulu ummat Islam sekadar kemampuan. Di akhir fatrah ini suka ingin saya nyatakan bahawa zaman yang kita berada sekarang adalah zaman …… dan percanggahan fikrah, zaman yang…. dengan pelbagai ilmu. Oleh itu seorang akh muslim mestilah kaya dengan pengetahuan semasa dan ilmiah supaya mampu berhadapan dengan mereka-mereka yang menjadikan thaqofah dan ilmu sebagai senjata mereka.

– Ustaz Fathi Yakan: Hendaklah bermula fardun muslim itu dengan memahami Islam dengan kefahaman yang sebenarnya dan jelas tentang usulnya, sumber yang pertama iaitu dari al-Quran dan as-Sunnah al-Muthohharah dan juga sirah nabawi.Ini adalah untuk memiliki tasawwur yang jelas mengenai agama ini…tentang hukum hakamnya, syariat-syariatnya, hadaf dan ghayahnya pada diri, masyarakat dan daulah.

6. Qadirun ala Kasbi

– Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah baik, ia tidak menerima melainkan hanya yang baik-baik sahaja, dan ia perintahkan nabi-nabi serupa dengan apa yang diperintahkan kepada rasul-rasul”. Dari hadis ini jelaslah kepada kita bahawa Islam menggalakkan individu muslim berusaha mencari rezeki yang halal dan dengan cara yang baik yang diterima oleh Allah s.w.t

7. Munazzhom fi Shu’unih

– Untuk memanfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan. Gunakan segala masa dan tenaga yang tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

8. Haris ala Waqtih

– Sesungguhnya kehidupan manusia sejak dari lahir lagi sehingga wafatnya di dunia ini tidak lain melainkan masa yang telah berlalu yang tidak dapat dikembalikan semula. Oleh itu ‘masa’ itu amat berharga lebih mahal daripada emas.

9. Mujahadah li Nafsih

– Seorang akh muslim perlu mempunyai keazaman yang tinggi, mampu mengikut kehendak Islam bukan kerana nak mempraktikkan apa yang diketahuinya. Akh juga perlu mengenepikan semua perkara yang dianggap bercanggah dengan Islam sekalipun bagus pada kaca mata manusia. Dengan ini ia dapat mengatasi kehendak nafsunya bahkan ia mampu mengurus hawanya. Berapa ramai manusia yang dikuasai oleh nafsunya dan hawanya telah membunuh tuannya.

– Kita menolak semua al-hawa yang tidak bernama Islam [Muntalaq]

10. Nafi’ li Ghairih

– Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai. Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan. Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Wallahu a3lam :)

Advertisements

Sharing is caring :))

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: