seandainya abdullah ibnu mas3ud menjadi naqibku

Penjaga Rahsia Rasulullah [ صلى الله عليه وسلم ]

“Sesiapa yang ingin membaca
Al Quran sesegar ia diturunkan,
bacalah seperti bacaan Ibnu Ummi 3Abd”
[Nabi Muhammad sallallahu3alaihiwasallam]

Islamnya kanak-kanak terpelajar.

Ketika itu beliau masih di usia kanak-kanak. Orang ramai menggelarnya’Ibnu Ummi ‘Abd. Pada suatu hari, beliau ternampak dari jauh dua orang lelaki dewasa yang berperawakan hebat dan tenang menuju ke arahnya. Kelihatan mereka terlalu penat dan dahaga hinggakan bibir mereka kering.

Apabila mereka berdua sampai dihadapannya, mereka mengucapkan salam dan berkata: “Wahai kanak-kanak, perahkan susu kambing ini untuk membasahkan tekak kami dan menghilangkan dahaga kami.”

Jawab kanak-kanak itu: “Saya tidak boleh buat begitu. Kambing ini bukan milik saya. Saya hanya menjaganya.”

Kedua-dua lelaki tersebut tidak menyanggah kata-katanya malah jelas pada wajah mereka menerima hakikat tersebut.

Kemudian salah seorang berkata kepada kanak-kanak itu: “Tunjukkan saya mana anak kambing betina yang belum dikahwini jantan?.” Lalu beliau pun menuding jarinya ke arah anak kambing yang berhampirannya. Lelaki tadi mara menangkap anak kambing tersebut lalu menyapu tetek anak kambing itu dengan tangannya sambil membaca basmalah. Kanak-kanak itu yang masih muda usiannya tercengang-cengang melihat kejadian yang berlaku depan matanya. Bersuara suara hati kanak-kanak itu: “Bila pula anak kambing betina ini mempunyai susu sedangkan ia masih belum lagi mengawan?!.”

Namun sekejap sahaja, kantung susu anak kambing betina itu dipenuhi susu dan ia bercucuran keluar. Lalu teman kepada lelaki itu segera mengambil seketul batu yang berlubang dan menadah cucuran susu. Kanak-kanak itu turut dipelawa minum bersama-sama mereka dan beliau hampir-hampir tidak percaya dengan apa yang berlaku…

Setelah kenyang, lelaki itu berkata: “Kecutlah..” Tetek kambing tersebut terus kecut sehingga kembali kepada keadaan asalnya. Lantas kanak-kanak itu bertanya kepada lelaki tersebut: “Ajarkan saya bacaan yang kamu baca tadi.” Lelaki tersebut menjawab: “Sesungguhnya kamu kanak-kanak yang terpelajar.”

Siapakah kanak-kanak terpelajar yang dimaksudkan..?? Inilah permulaan kisah ‘Abdullah bin Mas’ud dengan Islam. Lelaki tersebut tidak lain tidak bukan adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersama sahabatnya Abu Bakar As Shiddiq ra.

Kanak-kanak ini sangat menyenangi dan menyayangi baginda  صلى الله عليه وسلم dan Abu Bakar As Shiddiq. Tidak lama selepas itu, ‘Abdullah bin Mas’ud memeluk Islam. Beliau menawarkan dirinya untuk menjadi khadam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dan Baginda menerimanya. Sejak hari itu, kanak-kanak bertuah ini berkhidmat dengan Pemimpin Seluruh Umat Islam, bukan lagi sebagai pengembala kambing.

* * * * * *

‘Abdullah sentiasa bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم bagaikan bayang-bayang mengekori tuannya. Beliau sentiasa mengiringi Rasulullah sama ada ketika bermusafir ataupun tidak. Menemaninya di dalam atau di luar rumah. ‘Abdullahlah yang mengejutkan Baginda daripada tidur, menyediakan air untuk mandi, mengambil terompah apabila Baginda hendak keluar, menanggalkannya apabila pulang. Beliau membawakan tongkat dan kayu sugi kepada Baginda صلى الله عليه وسلم . ‘Abdullah jualah yang menutupkan pintu kamar apabila Baginda hendak tidur.

 

Bahkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم  mengizinkan ‘Abdullah memasuki kamar Baginda jika perlu dan pada bila-bila masa. ‘Abdullah mengetahui rahsia Baginda صلى الله عليه وسلم  sehingga beliau digelar “Shahibus Sirri Rasulullah” (Penjaga Rahsia Rasulullah).

 

‘Abdullah bin Mas’ud dibesarkan dan dididik dengan sempurna dalam rumah tangga Rasulullah صلى الله عليه وسلم  kerana itu, beliau menjadi seorang yang terpelajar, berakhlak tinggi, sesuai dengan karakter dan sifat-sifat yang dicontohkan Rasulullah kepadanya, sehinggakan orang ramai mengatakan, karakter dan akhlak ‘Abdullah bin Mas’ud paling mirip dengan akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم  .

 

* * * * * *

 ‘Abdullah bin Mas’ud terlalu arif dengan Kitab Allah hinggakan beliau pernah mengungkap: “Demi Allah! Tiada Tuhan selainNYA, tiada satu ayat Al Quran pun yang turun melainkan saya mengetahui di mana ia diturunkan dan kenapa ia diturunkan. Jika saya mengetahui ada seseorang yang lebih mengetahui Al Quran lebih daripada saya dan dapat ditemui, pasti saya akan berusaha menemuinya.”

 

Ini bukanlah bermaksud ‘Abdullah terlalu memuji dirinya. Bahkan ia merupakan hakikat sebenar.

********************************************************************************************************************** jadi,apa yang specialnya seandainya abdullah ibnu mas3ud menjadi naqibku?

ikuti siri perjalanan hidup abdullah ibnu mas3ud di zaman umar pada post yang akan datang in sha allah

Advertisements

Sharing is caring :))

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: