Pasca Ramadhan

 

Alhamdulillah, Allah telahpun mengizinkan kita untuk menamatkan sebulan Ramadhan dengan jayanya inshaa Allah.

Oleh sebab itu kita bertakbir pada pagi raya, Allahu Akbar!

Sepanjang sebulan berpuasa, masing-masing mempunyai coretan cerita tersendiri dengan Allah Taala.

Malam-malam sunyi yang mana kita tangisi dosa-dosa kita, bacaan syahdu al-Quran kita lengkap dengan tadabbur memahami makna, solat tarawikh dan solat-solat malam yang khusyuk mengingat Yang Maha Esa berharap mendapat keampunan dan rahmah-Nya.

 

Namun, tamat sahaja Ramadan, kita gusar tak mampu meneruskan coretan epik amalan Ramadhan kita. Malah musuh terang tang-tang kita dah bersiap-siaga untuk kembali meruntuhkan tembok iman yang kita bina tinggi dengan susah-payah sepanjang bulan Ramadhan.

 

Adakah tarbiyyah sepanjang Ramadhan telah cukup untuk menjadi bekalan kita buat bulan-bulan selepas Ramadan?

Bagaimana untuk kita terus istiqomah?

 

1)      Bersenjatakan Doa!

 

Biasalah, kita akan kembali berperang dengan ego sendiri dan musuh terang lagi bersuluh, syaitonirrajeem. Syaitan ini pulak satu sifat positifnya tak pernah berputus asa.  Justeru, kita pun tak boleh berputus asa dan mudah menyerah kalah!

Kita punya senjata ampuh- doa. Doa yang mana hubungan kita dengan Allah yang tak pernah putus. Berdoalah kerana dengan doa kita mampu mendapat jaminan keselamatan dan sokongan serta pertolongan Allah secara tidak langsung. Yakinlah dengan pertolongan Allah s.w.t.

 

2)      Cakna, bukan cair!

Ramai antara kita merasakan apabila tamatnya Ramadhan, seolah-olah semua biah solehah yang telah kita bina sepanjang Ramadhan pun hilang begitu sahaja! Bukan sahaja kita kembali kepada rutin harian makan dan minum kita, malah tanpa sedar kita mula sedikit-sedikit mencair dengan amalan lagha silam kita misalnya membuang masa dengan perkara sia-sia, melepak dan meronggeng mungkin, bergosip cerita hangat kalah asap dapur kayu dan sebagainya. Na ‘uzubillah. Moga Allah melindungi kita.

Seharusnya kita cakna dan sedar dengan apa yang kita buat dan apa yang berlaku di sekeliling kita agar kita tidak hanyut dibawa arus lagha itu.

Kita sepatutnya teguh dengan pendirian dan iman kita, bantu orang di sekeliling kita untuk terus istiqomah dengan amalan-amalan Ramadhan. Justeru sama-sama mengingatkan, maklumlah kita manusia mudah lupa. Manusia ok, bukan melayu aje yang mudah lupa.

 

 

 

3)      Berbulatan gumbira :)

 

Memang tak dinafikan bulan Ramadhan itu ibarat pesta ibadah di seluruh dunia yang disambut oleh seluruh mukmin. Semua bersemangat meningkatkan ibadah masing-masing dalam bulan mulia itu, sana-sini orang mengambil peluang dan berkejaran untuk berbuat baik. Kita pun tak mahu ketinggalan, selalu termotivasi antara satu sama lain untuk beribadah dan beramal. Kita selesa dengan suasana itu.

Namun suasana itu susah dikekalkan setelah Ramadhan pergi, yang tinggal hanya hati-hati yang teguh dengan iman melahirkan buah taqwa yang dapat meneruskan biah solehah itu.

Sebagai manusia, memang lumrah kita berdua atau lebih itu lebih baik daripada keseorangan. Justeru, kita digalakkan untuk bertandang ke halaqah mingguan atau nama manjanya- bulatan gembira. Usrah lah maksudnya. Paling-paling seminggu sekali kita menyegarkan kembali iman di hati, menyerikan lagi taman dalam hati, ewah!

Dalam bulatan gembira ini kita saling mengingatkan antara satu sama lain, kita berkongsi perasaan dan pengalaman serta naik turun iman dalam hati kita yang kita rasa. Maka secara tidak langsung kita dapat memastikan momentum iman kita terjaga daripada terus merudum dan jatuh tergolek ke dalam gaung jahiliyyah, ye dop?

Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita pun dapat tempias bau wangi jugak kan?

 

4)      Tanda Mutabaah Amal, yuk!

 

Menjadi hebat ibarat Pendekar Mustar dalam  medan ibadah bukanlah yang dapat bersolat tarawikh sepanjang malam bersama jemaah lain sepanjang Ramadhan, tetapi lebih hebat yang mereka yang dapat istiqomah dengan solat-solat malam meskipun di luar lingkungan bulan penuh barakah Ramadan. Fuhh..! Kuat betul iman di hatinya yang dapat mengejutnya bangun malam untuk menghadap Yang Maha Esa, sedang yang lain tengah nyenyak tidur ataupun bersorak hebat menonton perlawanan bola sepak depan televisyen mahupun skrin layar depan kedai mamak di hujung jalan.

Bukan sahaja konsisten dengan solat malam, malah amalan sunat yang lain juga kita mampu teruskan dengan motivasi kuat dalam hati. Cubalah tampal senarai mutabaah amal, secara tidak langsung dapat membantu mengingatkan kita untuk melaksanakan amalan tertentu dan bukankah menjadi satu kepuasan apabila kita berjaya melunaskan setiap amalan tersebut?

Tapi jangan lupa, bagi seorang mukmin kepuasan meraih redha Allah itu lebih besar berbanding sekadar dapat menanda dengan pen pada sekeping kertas atau klik pada apps Qamardeen itu.

Redha Allah itu kan motivasi utama mukmin?

 

5)      Muhasabah Ramadhan Kita.

 

Setiap kali lepas mana aktiviti yang persatuan anjurkan pun ada muhasabahnya. Tak kisahlah ada yang panggil post-mortem atau sebagainya, apatah lagi bulan Ramadhan yang penuh barakah? Lagi-lagilah kita sangat dituntut untuk bermuhasabah Ramadhan kita.

Apa yang telah kita lalui bersusah payah sepanjang Ramadhan seharusnya menjadi pemicu semangat untuk terus beramal pada bulan-bulan seterusnya.

Bulan Ramadhan telah membuktikan kita mampu untuk kekal aktif dengan kerja-kerja dan rutin harian meskipun kita berpuasa pada siang hari, kita punya kekuatan untuk bersolat tarawikh 8 rakaat (ada yang buat 20 rakaat) pada malam hari setiap malam, kita dapat mengahabiskan satu juzu al-Quran atau mungkin lebih dalam sehari, dan sebagainya.

Impossible is nothing– kata Adidas.

Justeru, kita sepatutnya boleh berbuat yang sama selayaknya seperti dalam bulan Ramadhan, bukan?

Kita boleh meneruskan rutin harian dalam masa yang sama beribadah seperti dalam bulan Ramadhan, kita boleh berdiri menunaikan solat-solat sunat pada waktu malam sebagaimana kita bersolat tarawikh pada bulan Ramadhan, kita juga boleh meneruskan kuantiti bacaan al-Quran sepertimana dalam bulan Ramadhan atau mungkin lebih, kan?

Maka, teruslah bermuhasabah pada yang mampu kita buat pada bulan Ramadhan bagi memampukan kita untuk terus berbuat yang sama atau mungkin lebih pada bulan-bulan yang menyusul setelah Ramadhan, inshaa Allah.

 

Moga kita terus istiqomah untuk beramal dengan amalan Ramadhan!

Buktikan kita telah bergraduasi dengan cemerlang daripada madrasah tarbiyyah Ramadhan dengan kepujian juga pangkat pertama! Wahhwahh…

Kita juga mampu terus cemerlang untuk ummah, inshaa Allah.

 

graduan cemerlang menang besar di Eidul Fitri [kredit]

 

 

 

 

Advertisements

Sharing is caring :))

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: