Aidil Adha | Tadhiyyah,taqwa dan Maghfirah

Bulan Zulhijjah datang lagi.Sebuah bulan yang sangat sinonim dengan tema keikhlasan,pengorbanan dan seringkali dikaitkan dengan ibadah Haji.Beruntung berada di timur tengah.Kerana di Jordan bumi beraroma syawarma inilah,aku dikenalkan dengan pesta ibdah pada 10 hari terawal bulan zulhijjah sebagaimana yang telah digalakkan semenjak zaman rasulullah lagi dalam salah satu hadith riwayat bukhari yang berbunyi :

 

“Tidak ada hari-hari yang pada waktu itu amal shaleh lebih dicintai oleh Allah melebihi sepuluh hari pertama (di bulan Dzulhijjah).” Para sahabat radhiyallahu ‘anhum bertanya, “Wahai Rasulullah, juga (melebihi keutamaan) jihad di jalan Allah?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “(Ya, melebihi) jihad di jalan Allah, kecuali seorang yang keluar (berjihad di jalan Allah) dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak ada yang kembali sedikitpun.” (HR al-Bukhari)

 

Sebulan yang penuh barakah telah berlalu,disambut dan diraikan kemenangannya dengan Hari Raya Aidilfitri,kini pakej barakah datang lagi dengan menjanjikan 10 hari siang yang terbaik jatuh pada bulan Zulhijjah.Khusus Allah sediakan buat sang perindu hari-hari yang penuh gemilang dan pesta ibadah pada 10 malam terakhir ramadhan yang lalu.Jika pada  hari terakhir ramadhan yang lalu Allah menawarkan bonusmalam lailatul Qadr yang penuh misteri,kali ini bulan zulhijjah Allah menawarkan bonus istimewa pada hari Arafah yang jatuh pada 9 zulhijjah dengan pakej pengampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.Nangis laju-laju terharu sangat dengan Allah.Dia dah khabak dah hari apa nak dapat bonus.Kalau Sameh Mall dah bagitau awal-awal pada anda ada sale murah hari Ahad ini sempena raya haji,pasti anda akan berpusu-pusu ke sana Ahad ini bukan.Maka tawaran Allah yang osem dan tidak dirahsiakan lagi ini,apakah pantas kita mensia-siakannya.

Image

[kredit]

Siapa yang tidak mahu melepaskan peluang menghapuskan dosa-dosa dan kesilapan yang lalu.Kalau boleh ingin pulang ke kampong akhirat dalam keadaan qalbun saleem dan kesilapan yang dicatat oleh Raqib Atib terhapus semuanya tanpa diungkapkan pada Yaum Taghabun,hari pengungkapan kesalahan-kesalahan.Malu rasanya jika orang di kanan dan kiri kita mengetahui dosa-dosa yang menggunung tinggi sama ada yang dizahirkan apatah lagi yang disembunyikan.

 

Ingatlah] hari [yang di waktu itu] Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan [untuk dihisab], itulah hari [waktu itu] ditampakkan kesalahan-kesalahan. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal saleh niscaya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keberuntungan yang besar.[64:9]

10 hari terawal di bulan zulhijjah memang ternyata meriah di Timur Tengah.Sebelum melangkah ke zulhijjah lagi,warga tempatan sudah mengagihkan sedikit ‘kit zulhijjah’ berisi kata-kata madah dan mutabaah amal yang boleh dilakukan pada hari istimewa yang Allah tawarkan pada bulan pengorbanan ini.Malah,pihak jamiah turut mengadakan satu ceramah khas menerangkan tentang bulan zulhijjah,dan kelas Fiqh Mar3ah yang disampaikan Dr Uqlah setiap hari Ahad juga membentangkan bab haji untuk memberi roh kepada kita yang sedang berada di bulan ini.Meski kita tidak berkesempatan merasai suasana yang penuh drama dan bayangan hari akhirat bersama jemaah haji yang barangkali sekarang sedang berlari-lari anak di Safa dan Marwa,penuh perasaan bertalbiah dan melontar jamratul Aqabah,penuh zuhud dengan kain putih dan debu-debu yang melekat di wajah,namun barangkali sedikit perkongsian dapat memberikan kita peluang untuk menghayati suasana itu bersama.Insha Allah,marilah kita memasang niat moga Allah izinkan untuk ke sana suatu hari nanti.Siapa tahu,hanya dengan niat,Allah janjikan pahala yang lebih besar dari jemaah haji di sana.Wallahua’lam.

Mengikuti tafaqquh tentang haji tempoh hari,ana sedikit sebanyak tersentuh dengan keindahan islam terhadap wanita.Semboyan jihad sentiasa berbunyi.Dan kita sebagai seorang wanita tersering hati turut terusik untuk turut bersama memegang senjata,menjadi Robittin,bertahan di kubu-kubu menjaga Negara dari pihak musuh.Tetapi tahukah anda apa jawab rasulullah saat seorang wanita bertanya tentang jihad seorang wanita?

لا جهادكن الحج المبرور هو لكن جهاد

Tidak,bahkan jihad kamu adalah haji yang mabrur,itulah jihad buat kamu.

(Ahmad 23483,Bukhari 1520,2875)

Islam turut mengangkat martabat wanita dengan memberikan syarat tambahan dan khas kepada wanita yang ingin menunaikan haji,iaitu mestilah ditemani dengan mahram.Yang mana mahram ini dikategorikan kepada 2 bahagian.

  1. Suami
  2. Mahram disebabkan oleh hubungan nasab,susuan dan musaharah (mertua@menantu)

Adapun Syafie turut menambah mahram dalam kalangan jemaah wanita.Namun begitu,Imam Abu Hanifah,mazhab Maliki dan Hanifi tidak sependapat dengan pendapat ini kerana waqi’ (keadaan) kita zaman sekarang yang bertambah ramai dan sesak.Maka ini sedikit mengancam keselematan wanita untuk melakukan ibadah haji di sana.

Islam juga menghargai wanita-wanita yang mengendong anaknya semasa melaksanakan ibadah ini dengan menerima ibadah haji anak ini mengganjari pahala kepada anak yang berada dalam dukungan ibu-ibu yang melaksanakan haji.Indah bukan bagaimana islam meraikan wanita?

Berbalik kepada bulan zulhijjah.Ternyata bulan-bulan ini Allah seolah-olah mahu melihat kita kembali kepadanya dalam keadaan suci dari debu-debu dosa.Ibadah haji yang difardhukan diletakkan syarat agar orang yang ingin mengerjakannya memastikan diri mereka 0-0 dulu dengan mana-mana manusia yang barangkali disakiti,dikhianati atau dizalimi.Kerana     menghapuskan dosa antara kita dengan Allah hanya memerlukan 3 syarat iaitu :

  1. taubat nasuha
  2. menyesal
  3. bersungguh-sungguh tidak mengulangi dosa

sedangkan menghapus dosa dengan hamba Allah ditambah dengan satu lagi syarat iaitu

  1. memulangkan hak kepada yang berhak.

Yang diumpat,dipohon kemaafan,yang dicuri hartanya dipulangkan,yang disakiti didamaikan hatinya.Biar saat menerima pakej pengampunan di Yaum Arafah,kita memang bersih secara total.Tiada debu-debu dosa yang melekat seperti debu-debu yang melekat di kain putih ihram kita.Kesat ayak mata.Pahni nak kena minta maaf kat ramai orang.

Allah juga mahu melihat kesungguhan kita meraih bonus istimewa pengampunan dosa tahun lalu dan tahun akan datang dengan kata-katanya yang  berbunyi :

 Daripada Ibn Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Wuquf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah Taala turun ke langit dunia (yang paling bawah) dan berbangga dengan kamu di hadapan malaikat dengan firman-Nya: “Hamba-Ku datang dari segenap pelosok dunia yang jauh dalam keadaan tidak terurus dan berdebu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurga-Ku. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau sebanyak buih di lautan, nescaya aku akan menghapuskan kesemuanya. Allah berfirman lagi: “Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang terampun daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka.”(Sahih al-Targhib Wa al-Tarhib)

Barangkali pasti kita yang rabun hikmah akan membuat persepsi betapa selekeh dan tak terurusnya umat islam,berjumpa Allah dalam keadaan tidak kemas malah ditompoki debu-debu tanah Haram.Tetapi,begitulah hakikatnya,ibadah haji yang diwarna-warnikan dengan rukun wukuf di Arafah,Sa’i,tawaf dan tahallul sebenarnya ingin mentarbiyah manusia untuk memiliki kerendahan hati,meyedari hakikat seorang abdi,dan pulang kepada Allah dengan memohon keampunan.Jika anda seorang raja melihat seorang hamba yang serba kekurangan datang dalam keadaan lemah,menghinakan diri sujud menyembah,pantaskah kita murka.Malah secara fitrahnya pasti timbul belas kasihan sehingga kita memberikan sejuta pengampunan dek kerana melihatkan kesungguhannya memohon daripada kita.Bukankah begitu?

Sempena zulhijjah 1435 ni,marilah sama-sama kita menghayati mesej yang Allah ingin sampaikan melalui surah Al-Haj,dan melalui ibadah haji dan korban itu sendiri.Tenunglah dalam-dalam bait-bait surah ke 22 ini.Awalnya bermula dengan gambaran kiamat,sedang akhirnya ditutup dengan ikhlas,taqwa dan tadhiyyah.Jika dihayati tiap-tiap manasik haji,ternyata ianya sedang memberikan gambaran tentang hari kiamat kepada kita.Bagaimana sesaknya padang Arafah yang memberi kita gambaran sesaknya padang Mahsyar bahkan lebih dahsyat lagi.Bagaimana lelahnya jemaah haji dengan kepanasan makkah seolah-olah mati kelelahan kemudian dibangkitkan seperti bangkit dari kubur untuk menyambung manasik-manasik dan menyempurnakan rukun yang belum terlaksana.Dan pokoknya adalah ketaatan,keihkhlasan dan ketaqwaan.

Demikianlah [perintah Allah]. Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah [1] maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati (22:32)

Semoga aidil Adha kali ini kita raikan bukan hanya dengan keterujaan melihat lembu-lembu dan kambing ditundukkan oleh Allah untuk menjadi habuan kita.Semoga aidil adha kali ini kita benar-benar teruja meraikannya mengalahkan meraikan Aidil Fitri hari raya.Bahkan kita sangat mengalu-alukan kehadirannya,kerana di situ terletak sebuah pakej pengampunan dosa.

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.[66:8]

 

-mujahidahistiqamah-

Advertisements

Pasca Ramadhan

 

Alhamdulillah, Allah telahpun mengizinkan kita untuk menamatkan sebulan Ramadhan dengan jayanya inshaa Allah.

Oleh sebab itu kita bertakbir pada pagi raya, Allahu Akbar!

Sepanjang sebulan berpuasa, masing-masing mempunyai coretan cerita tersendiri dengan Allah Taala.

Malam-malam sunyi yang mana kita tangisi dosa-dosa kita, bacaan syahdu al-Quran kita lengkap dengan tadabbur memahami makna, solat tarawikh dan solat-solat malam yang khusyuk mengingat Yang Maha Esa berharap mendapat keampunan dan rahmah-Nya.

 

Namun, tamat sahaja Ramadan, kita gusar tak mampu meneruskan coretan epik amalan Ramadhan kita. Malah musuh terang tang-tang kita dah bersiap-siaga untuk kembali meruntuhkan tembok iman yang kita bina tinggi dengan susah-payah sepanjang bulan Ramadhan.

 

Adakah tarbiyyah sepanjang Ramadhan telah cukup untuk menjadi bekalan kita buat bulan-bulan selepas Ramadan?

Bagaimana untuk kita terus istiqomah?

 

1)      Bersenjatakan Doa!

 

Biasalah, kita akan kembali berperang dengan ego sendiri dan musuh terang lagi bersuluh, syaitonirrajeem. Syaitan ini pulak satu sifat positifnya tak pernah berputus asa.  Justeru, kita pun tak boleh berputus asa dan mudah menyerah kalah!

Kita punya senjata ampuh- doa. Doa yang mana hubungan kita dengan Allah yang tak pernah putus. Berdoalah kerana dengan doa kita mampu mendapat jaminan keselamatan dan sokongan serta pertolongan Allah secara tidak langsung. Yakinlah dengan pertolongan Allah s.w.t.

 

2)      Cakna, bukan cair!

Ramai antara kita merasakan apabila tamatnya Ramadhan, seolah-olah semua biah solehah yang telah kita bina sepanjang Ramadhan pun hilang begitu sahaja! Bukan sahaja kita kembali kepada rutin harian makan dan minum kita, malah tanpa sedar kita mula sedikit-sedikit mencair dengan amalan lagha silam kita misalnya membuang masa dengan perkara sia-sia, melepak dan meronggeng mungkin, bergosip cerita hangat kalah asap dapur kayu dan sebagainya. Na ‘uzubillah. Moga Allah melindungi kita.

Seharusnya kita cakna dan sedar dengan apa yang kita buat dan apa yang berlaku di sekeliling kita agar kita tidak hanyut dibawa arus lagha itu.

Kita sepatutnya teguh dengan pendirian dan iman kita, bantu orang di sekeliling kita untuk terus istiqomah dengan amalan-amalan Ramadhan. Justeru sama-sama mengingatkan, maklumlah kita manusia mudah lupa. Manusia ok, bukan melayu aje yang mudah lupa.

 

 

 

3)      Berbulatan gumbira :)

 

Memang tak dinafikan bulan Ramadhan itu ibarat pesta ibadah di seluruh dunia yang disambut oleh seluruh mukmin. Semua bersemangat meningkatkan ibadah masing-masing dalam bulan mulia itu, sana-sini orang mengambil peluang dan berkejaran untuk berbuat baik. Kita pun tak mahu ketinggalan, selalu termotivasi antara satu sama lain untuk beribadah dan beramal. Kita selesa dengan suasana itu.

Namun suasana itu susah dikekalkan setelah Ramadhan pergi, yang tinggal hanya hati-hati yang teguh dengan iman melahirkan buah taqwa yang dapat meneruskan biah solehah itu.

Sebagai manusia, memang lumrah kita berdua atau lebih itu lebih baik daripada keseorangan. Justeru, kita digalakkan untuk bertandang ke halaqah mingguan atau nama manjanya- bulatan gembira. Usrah lah maksudnya. Paling-paling seminggu sekali kita menyegarkan kembali iman di hati, menyerikan lagi taman dalam hati, ewah!

Dalam bulatan gembira ini kita saling mengingatkan antara satu sama lain, kita berkongsi perasaan dan pengalaman serta naik turun iman dalam hati kita yang kita rasa. Maka secara tidak langsung kita dapat memastikan momentum iman kita terjaga daripada terus merudum dan jatuh tergolek ke dalam gaung jahiliyyah, ye dop?

Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita pun dapat tempias bau wangi jugak kan?

 

4)      Tanda Mutabaah Amal, yuk!

 

Menjadi hebat ibarat Pendekar Mustar dalam  medan ibadah bukanlah yang dapat bersolat tarawikh sepanjang malam bersama jemaah lain sepanjang Ramadhan, tetapi lebih hebat yang mereka yang dapat istiqomah dengan solat-solat malam meskipun di luar lingkungan bulan penuh barakah Ramadan. Fuhh..! Kuat betul iman di hatinya yang dapat mengejutnya bangun malam untuk menghadap Yang Maha Esa, sedang yang lain tengah nyenyak tidur ataupun bersorak hebat menonton perlawanan bola sepak depan televisyen mahupun skrin layar depan kedai mamak di hujung jalan.

Bukan sahaja konsisten dengan solat malam, malah amalan sunat yang lain juga kita mampu teruskan dengan motivasi kuat dalam hati. Cubalah tampal senarai mutabaah amal, secara tidak langsung dapat membantu mengingatkan kita untuk melaksanakan amalan tertentu dan bukankah menjadi satu kepuasan apabila kita berjaya melunaskan setiap amalan tersebut?

Tapi jangan lupa, bagi seorang mukmin kepuasan meraih redha Allah itu lebih besar berbanding sekadar dapat menanda dengan pen pada sekeping kertas atau klik pada apps Qamardeen itu.

Redha Allah itu kan motivasi utama mukmin?

 

5)      Muhasabah Ramadhan Kita.

 

Setiap kali lepas mana aktiviti yang persatuan anjurkan pun ada muhasabahnya. Tak kisahlah ada yang panggil post-mortem atau sebagainya, apatah lagi bulan Ramadhan yang penuh barakah? Lagi-lagilah kita sangat dituntut untuk bermuhasabah Ramadhan kita.

Apa yang telah kita lalui bersusah payah sepanjang Ramadhan seharusnya menjadi pemicu semangat untuk terus beramal pada bulan-bulan seterusnya.

Bulan Ramadhan telah membuktikan kita mampu untuk kekal aktif dengan kerja-kerja dan rutin harian meskipun kita berpuasa pada siang hari, kita punya kekuatan untuk bersolat tarawikh 8 rakaat (ada yang buat 20 rakaat) pada malam hari setiap malam, kita dapat mengahabiskan satu juzu al-Quran atau mungkin lebih dalam sehari, dan sebagainya.

Impossible is nothing– kata Adidas.

Justeru, kita sepatutnya boleh berbuat yang sama selayaknya seperti dalam bulan Ramadhan, bukan?

Kita boleh meneruskan rutin harian dalam masa yang sama beribadah seperti dalam bulan Ramadhan, kita boleh berdiri menunaikan solat-solat sunat pada waktu malam sebagaimana kita bersolat tarawikh pada bulan Ramadhan, kita juga boleh meneruskan kuantiti bacaan al-Quran sepertimana dalam bulan Ramadhan atau mungkin lebih, kan?

Maka, teruslah bermuhasabah pada yang mampu kita buat pada bulan Ramadhan bagi memampukan kita untuk terus berbuat yang sama atau mungkin lebih pada bulan-bulan yang menyusul setelah Ramadhan, inshaa Allah.

 

Moga kita terus istiqomah untuk beramal dengan amalan Ramadhan!

Buktikan kita telah bergraduasi dengan cemerlang daripada madrasah tarbiyyah Ramadhan dengan kepujian juga pangkat pertama! Wahhwahh…

Kita juga mampu terus cemerlang untuk ummah, inshaa Allah.

 

graduan cemerlang menang besar di Eidul Fitri [kredit]

 

 

 

 

Ramadhan: Eh, Nak Sampai Dah?

 

Baru sebentar Arsyil mendengarkan pengumuman di radio bahawa kurang dari seminngu lagi Ramadhan akan tiba. Bukan dia tidak tahu Ramadhan semakin menghampiri cuma dia terlampau sibuk belakangan ini dan dia seolah-olah sudah lost track of time. Itulah yang tepatnya. Malah dia tidak pernah putus berdoa “Allahumma ballighna ramadaan” tiap kali usai solatnya.

“Eh, nak sampai dah?” Arsyil mula menggelabah. Dia beristighfar.

Dia rasa tidak enak perasaan sebab masih banyak persediaan yang belum dia lakukan baik dari segi fizikal mahupun rohaninya. Arsyil risau dia tak cukup mempersiapkan dengan baik, nanti Ramadhannya jadi bulan yang yang hanya dilalui sambil-lewa.

Dia tak mahu itu terjadi. Tidak sama sekali.

Dia tidak mahu nanti meninggalkan Ramadhan dengan perasaan bersalah membalut dalam jiwa sebab tidak sepenuhnya memanfaatkan bulan penuh barakah yang Allah turunkan itu.

“Aku mesti bertindak! Better late than never!” tegas kata hati Arsyil penuh semangat.

Maka, seminggu sebelum Ramadhan Arsyil telah cuba sebaik mungkin yang dia mampu untuk mempersiapkan dirinya untuk melalui Ramadhan al-mubarak.

Dia meningkatkan bacaan al-Quran setiap hari, memperbanyak ibadah-ibadah nawafil (sunat), dia bermujahadah untuk bangun solat malam dengan bantuan sahabat-sahabatnya, dia juga menyelesaikan terus persiapan untuk lebaran Eidulfitri agar tidak menggangu ibadahnya nanti pada bulan Ramadhan lebih-lebih lagi pada 10 hari terkhir ramadhan yang mana ramai para ‘abid Allah memecut ibadah mengejar keampunan dan barakah bulan mulia Ramadhan yang telah dijanjikan Allah.

Arsyil telah melakukan yang sebaiknya kerana dia tidak mahu ketinggalan sinar barakah dan timbunan pahala dan keampunan yang telah Allah janjikan buat hamba-Nya.

Bagaimana pula dengan kita?

Inshaa Allah kali ini DK akan berkongsi beberapa tips yang boleh kita usahakan sebagai persiapan menyambut Ramadhan al-mubarak kali ini.

1. Bermula Dengan Niat.

Semuanya berbalik kepada niat yang mana niat ini merupakan tunjang setiap ibadah dan amalan kita. Pasakkan niat yang kukuh dalam hati dan berdoalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar kita dapat melalui Ramadhan dengan penuh keberkatan. Semakin barakah, semakin beruntung! Justeru bersegeralah kita memohon kepada pemilik barakah juga pemilik hati agar dapat meluruskan niat kita untuk mengejar keberkatan Ramadhan lillahi ta’ala.

2. Berpuasa Sunat.

Latih diri kita untuk banyakkan berpuasa sunat dalam bulan-bulan yang semakin menghampiri Ramadhan. Kata orang putih, ‘practice make perfect’ right? Maka, rajinkanlah diri kita untuk berpuasa sunat. Selain melatih diri sebagai persediaan untuk berpuasa dalam Ramadhan, kita malah dapat meningkat pahala inshaa Allah juga menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang maksiat dan lagha(sia-sia), bukan? Dapat menjimatkan duit poket lagi!

3. Tingkatkan Ibadah Nawafil (sunat).

Biasakan diri untuk meningkatkan ibadah-ibadah nawafil sebagai tambahan kepada ibadah wajib. Ibadah nawafil ni ibaratnya aksesori kepada ibadah wajib, nak mencantikkan dan menambahkan pahala sedia ada. Bayangkan rumah atau kereta kita yang punya tambahan aksesori, pasti nampak lebih lengkap dan cantik bukan?

Makanya, tingkatkanlah solat-solat sunat seperti solat Dhuha, Tahajjud atau Witir. Cuba bangun qiyam selalu. Perbanyakkan bacaan al-Quran, contohnya dari 1 mukasurat kepada 5 mukasurat mungkin, dari 10 mukasurat kepada 1 juzuk, dan seterusnya. Banyakkan bersedekah, ringankan tulang membantu orang di sekeliling kita, berziarah untuk menguatkan silaturrahim dan sebagainya. Jangan kita khuatir tidak cukup masa atau seumpamanya kerana keberkatan itu kan datang daripada Allah dan Allah pasti memudahkan jalan untuk hamba-hambaNya yang berbuat kebaikan dan ihsan dalam beribadah dan beramal untuk meraih reda-Nya. Seronok bukan?

4. Persiapan Raya? Settled.

Persiapkanlah persiapan raya seawal yang mungkin sebelum Ramadhan menjelang tiba. Justeru, nanti waktu untuk kita beribadah lebih pada bulan Ramadhan tidak akan diganggu oleh persiapan raya yang duniawi. Maka nanti kita akan ada masa yang lebih untuk menumpukan perhatian kepada ibadah kita. Tak adalah nanti semasa berpuasa kita sibuk memikirkan nak baju raya warna apa, mana tempat membeli-belah yang murah dan jimat dan sebagainya sedangkan waktu-waktu itu boleh kita isikan dengan membaca al-Quran, beriktikaf di masjid dan seumpamanya.

5. Tingkatkan Ilmu.

Banyakkan mebaca bahan-bahan ilmiah berkaitan bulan barakah Ramadhan agar hati kita terikat dan sentiasa bermotivasi untuk melalui Ramadhan dengan penuh bersemangat hingga ke penghujungnya. Banyakkan mebaca juga mentadabbur Quran agar dapat membantu menguatkan jiwa dan membersihkan hati. Bertukar-tukarlah maklumat sesama sahabat dan bertanyalah kepada yang lebih arif jika ada persoalan-persoalan yang kita musykil tentang puasa dan sebagainya di benak fikiran kita. Malu bertanya sesat jalan!

Wallahua’lam.

Sampai di sini dahulu perkongsian berkenaan pra-Ramadhan dari DK. Moga Allah mengurniakan bulan Ramadhan penuh barakah yang megisi jiwa-jiwa kita semua. Semoga di penghujung Ramadhan, kita punya hati yang bersih dan jiwa yang mantap untuk meneruskan jihad untuk bulan-bulan seterusnya.

Allahumma ballighna ramadhaan.

 

Semoga Allah sampaikan kita kepada bulan Ramadhan penuh barakah wa rahmah

Semoga Allah sampaikan kita kepada bulan Ramadhan penuh barakah wa rahmah

 

seandainya abdullah ibnu mas3ud menjadi naqibku-siri akhir

Ingat lagi pada naqib impian saya pada post yang lepas?Barangkali ramai masih tertanya-tanya mengapa saya mengimpikan Abdullah bin Mas’ud untuk menjadi naqib saya.Jom ikuti kisah menarik antara ‘Abdullah bin Mas’ud bersama Khalifah Umar ra.

Pada suatu malam, Khalifah Umar sedang dalam perjalanan, beliau bertemu dengan satu kafilah. Namun kegelapan malam menghalang beliau daripada mengenali siapakah mereka. ‘Abdullah bin Mas’ud turut berada dalam kafilah tersebut. Khalifah Umar memerintahkan seorang pengawal agar bertanya kepada kafilah,

 “Kamu semua datang dari mana?”, teriak pengawal.

“مِنْ فَجِ العَمِيق  (dari pedalaman)“, jawab ‘Abdullah.

 “Hendak ke mana kalian?”, ‘Umar tertarik untuk terus bertanya.

“ إِلَى البَيتِ العَتِيقِ (ke Baitullah)”, jawab ‘Abdullah.

 “Di antara mereka pasti ada orang alim,” kata Umar. Kemudian beliau menyuruh ahli rombongannya bertanya: “Manakah ayat Al Quran yang paling agung?.”

 ‘Abdullah menjawab,

 “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNYA). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.” [Al Baqarah: 255]

 Kata Umar: “Tanya mereka ayat Al Quran yang manakah paling jelas?.”

 Jawab ‘Abdullah:

 “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta member bantuan kepada kaum kerabat.” [An Nahl: 90]

 “Tanya mereka apakah ayat Al Quran yang paling menyeluruh.” Perintah Umar.

 Jawab ‘Abdullah:

 “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” [Al Zalzalah: 7-8]

 Perintah Umar: “Tanyakan, ayat Al Quran manakah yang paling menggerunkan?.”

 Jawab ‘Abdullah:

 “(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat –selain dari Allah- seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya.” [An Nisa: 123]

 “Tanyakan lagi, ayat apakah yang paling mampu membangkitkan rasa berharap dengan rahmat dan keampunan Allah?.” Perintah Umar.

Jawab ‘Abdullah:

 “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dial ah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

 [Az Zumar: 53]

 Kata Umar: “Tanyakan pada mereka, adakah ‘Abdullah bin Mas’ud ada bersama-sama mereka?.”

 Jawab mereka: “Ya, ‘Abdullah ada bersama-sama kami.”

 Masha Allah.Betapa ‘mashi’nya Abdullah bin Mas’ud dalam menjiwai dan memetik ayat-ayat Al-Qur’an.Beruntungnya seandainya beliau menjadi naqib .Mintalah apa-apa ayat yang sesuai untuk mood kita ketika itu,insha Allah kita bakal temui indahnya surat-surat cinta dari Illahi.

 Abdullah bin Mas’ud hidup hingga masa Khalifah Utsman bin Affan memerintah. Ketika ia hampir meninggal dunia, Khalifah Utsman datang menjenguknya. “Sakit apakah yang kau rasakan, wahai Abdullah?” tanya khalifah.

“Dosa-dosaku,” jawab Abdullah.

“Apa yang kau inginkan?”

“Rahmat Tuhanku.”

“Tidakkah kau ingin supaya kusuruh orang membawa gaji-gajimu yang tidak pernah kau ambil selama beberapa tahun?” tanya Khalifah.

“Aku tidak membutuhkannya,” kata Abdullah.

“Bukankah kau mempunyai anak-anak yang harus hidup layak sepeninggalmu?” tanya Utsman.

“Aku tidak khawatir, jawab Abdullah, “Aku menyuruh mereka membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam. Karena aku mendengar Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya!”

Pada suatu malam yang hening, Abdullah bin Mas’ud pun berangkat menghadap Tuhannya dengan tenang. 

seandainya abdullah ibnu mas3ud menjadi naqibku

Penjaga Rahsia Rasulullah [ صلى الله عليه وسلم ]

“Sesiapa yang ingin membaca
Al Quran sesegar ia diturunkan,
bacalah seperti bacaan Ibnu Ummi 3Abd”
[Nabi Muhammad sallallahu3alaihiwasallam]

Islamnya kanak-kanak terpelajar.

Ketika itu beliau masih di usia kanak-kanak. Orang ramai menggelarnya’Ibnu Ummi ‘Abd. Pada suatu hari, beliau ternampak dari jauh dua orang lelaki dewasa yang berperawakan hebat dan tenang menuju ke arahnya. Kelihatan mereka terlalu penat dan dahaga hinggakan bibir mereka kering.

Apabila mereka berdua sampai dihadapannya, mereka mengucapkan salam dan berkata: “Wahai kanak-kanak, perahkan susu kambing ini untuk membasahkan tekak kami dan menghilangkan dahaga kami.”

Jawab kanak-kanak itu: “Saya tidak boleh buat begitu. Kambing ini bukan milik saya. Saya hanya menjaganya.”

Kedua-dua lelaki tersebut tidak menyanggah kata-katanya malah jelas pada wajah mereka menerima hakikat tersebut.

Kemudian salah seorang berkata kepada kanak-kanak itu: “Tunjukkan saya mana anak kambing betina yang belum dikahwini jantan?.” Lalu beliau pun menuding jarinya ke arah anak kambing yang berhampirannya. Lelaki tadi mara menangkap anak kambing tersebut lalu menyapu tetek anak kambing itu dengan tangannya sambil membaca basmalah. Kanak-kanak itu yang masih muda usiannya tercengang-cengang melihat kejadian yang berlaku depan matanya. Bersuara suara hati kanak-kanak itu: “Bila pula anak kambing betina ini mempunyai susu sedangkan ia masih belum lagi mengawan?!.”

Namun sekejap sahaja, kantung susu anak kambing betina itu dipenuhi susu dan ia bercucuran keluar. Lalu teman kepada lelaki itu segera mengambil seketul batu yang berlubang dan menadah cucuran susu. Kanak-kanak itu turut dipelawa minum bersama-sama mereka dan beliau hampir-hampir tidak percaya dengan apa yang berlaku…

Setelah kenyang, lelaki itu berkata: “Kecutlah..” Tetek kambing tersebut terus kecut sehingga kembali kepada keadaan asalnya. Lantas kanak-kanak itu bertanya kepada lelaki tersebut: “Ajarkan saya bacaan yang kamu baca tadi.” Lelaki tersebut menjawab: “Sesungguhnya kamu kanak-kanak yang terpelajar.”

Siapakah kanak-kanak terpelajar yang dimaksudkan..?? Inilah permulaan kisah ‘Abdullah bin Mas’ud dengan Islam. Lelaki tersebut tidak lain tidak bukan adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersama sahabatnya Abu Bakar As Shiddiq ra.

Kanak-kanak ini sangat menyenangi dan menyayangi baginda  صلى الله عليه وسلم dan Abu Bakar As Shiddiq. Tidak lama selepas itu, ‘Abdullah bin Mas’ud memeluk Islam. Beliau menawarkan dirinya untuk menjadi khadam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dan Baginda menerimanya. Sejak hari itu, kanak-kanak bertuah ini berkhidmat dengan Pemimpin Seluruh Umat Islam, bukan lagi sebagai pengembala kambing.

* * * * * *

‘Abdullah sentiasa bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم bagaikan bayang-bayang mengekori tuannya. Beliau sentiasa mengiringi Rasulullah sama ada ketika bermusafir ataupun tidak. Menemaninya di dalam atau di luar rumah. ‘Abdullahlah yang mengejutkan Baginda daripada tidur, menyediakan air untuk mandi, mengambil terompah apabila Baginda hendak keluar, menanggalkannya apabila pulang. Beliau membawakan tongkat dan kayu sugi kepada Baginda صلى الله عليه وسلم . ‘Abdullah jualah yang menutupkan pintu kamar apabila Baginda hendak tidur.

 

Bahkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم  mengizinkan ‘Abdullah memasuki kamar Baginda jika perlu dan pada bila-bila masa. ‘Abdullah mengetahui rahsia Baginda صلى الله عليه وسلم  sehingga beliau digelar “Shahibus Sirri Rasulullah” (Penjaga Rahsia Rasulullah).

 

‘Abdullah bin Mas’ud dibesarkan dan dididik dengan sempurna dalam rumah tangga Rasulullah صلى الله عليه وسلم  kerana itu, beliau menjadi seorang yang terpelajar, berakhlak tinggi, sesuai dengan karakter dan sifat-sifat yang dicontohkan Rasulullah kepadanya, sehinggakan orang ramai mengatakan, karakter dan akhlak ‘Abdullah bin Mas’ud paling mirip dengan akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم  .

 

* * * * * *

 ‘Abdullah bin Mas’ud terlalu arif dengan Kitab Allah hinggakan beliau pernah mengungkap: “Demi Allah! Tiada Tuhan selainNYA, tiada satu ayat Al Quran pun yang turun melainkan saya mengetahui di mana ia diturunkan dan kenapa ia diturunkan. Jika saya mengetahui ada seseorang yang lebih mengetahui Al Quran lebih daripada saya dan dapat ditemui, pasti saya akan berusaha menemuinya.”

 

Ini bukanlah bermaksud ‘Abdullah terlalu memuji dirinya. Bahkan ia merupakan hakikat sebenar.

********************************************************************************************************************** jadi,apa yang specialnya seandainya abdullah ibnu mas3ud menjadi naqibku?

ikuti siri perjalanan hidup abdullah ibnu mas3ud di zaman umar pada post yang akan datang in sha allah

Abasa-Neraca Allah vs neraca manusia

Surah ‘Abasa merupakan antara surah yang terletak dalam kalangan juzu’ amma dan punya bingkai cerita yang  berlatar belakang persis kebanyakan juzu’ amma yang lain iaitu menceritakan hakikat dunia yang fana yang pasti akan berakhir yakni dengan Hari Qiamat.

Namun begitu, Surah ‘Abasa punya asbab nuzul yang istimewa sebagai pengajaran  kepada para daie yang disampaikan melalui murobbi agung kekasih Ilahi, Rasulullah s.a.w.

Secara keseluruhan, Surah ‘Abasa terbahagi kepada empat bahagian iaitu :

  1. 1.    Peristiwa si buta Abdullah Ibn Ummu Maktum- yang menjadi asbab nuzul kepada surah ini.
  2. Keingkaran dan kekufuran manusia, peringatan asal-usul kejadian manusia, kemudahan untuk memilih jalan hidup & urusan kematian dan kebangkitan semula. (Ayat 17-23
  3. Keajaiban makanan sebagai satu mukjizat.
  4. Hari Qiamat- suasana dan keadaan manusia.

Ayat 1-16: Peristiwa Abdullah ibn Ummu Maktum

Suatu hari, ketika Abdullah ibn Ummu Maktum datang kepada Rasulullah untuk mengetahui lanjut tentang agama islam, baginda memalingkan wajahnya. Atas sebab waktu itu, baginda merasakan kepentingan dakwah baginda lebih aula kepada para pembesar Quraisy yang sedang baginda dakwahi ketika itu, iaitu ‘Utbah dan Syaibah, Abu Jahal, ‘Umayyah ibn al-Khalaf, al-Walid ibn al-Mughirah serta al-‘Abbas ibn al-Mutallib. Rasulullah s.a.w menceritakan kepada mereka tentang Islam dan berharap dengan keislaman mereka maka kebajikan Islam akan lebih terjaga tatkala baginda mengahadapi kepayahan. Nampaklah di sini bahawa Rasulullah bukan bertindak demikian atas tujuan peribadi baginda pun, tapi atas tulus ikhlas kerana tuntutan dakwah dan kasih baginda terhadap agama Islam itu sendiri yang mahu melihat agama Islam tersebar lebih luas.

Namun kemudian, datang peringatan dari Allah yang mengingatkan bagaimana seharusnya timbang tara manusia dalam kehidupan di dunia, dalam pemilihan dan penilaian. Manusia hidup di bumi lalu mengambil aspek persekitaran mereka untuk menilai sesuatu dalam kehidupan mengikut ISO penanda aras ‘layak’ dan ‘sesuai’ ciptaan sendiri. Sedangkan di sisi Allah, nilai yang tiada tara adalah nilai ketaqwaan itu sendiri dan bukan nilai yang disandarkan pada pandangan zahir manusia yang banyak terikat dengan nilai-nilai yang diciptakan oleh manusia sendiri.Maka, surah ini diturunkan untuk mengingatkan manusia bahawa yang penting ialah pada sudut pandang neraca Allah, bukan neraca pada pandangan zahir manusia.

 

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).”

[Al-Hujurat, 49:13]

Lalu, peristiwa Rasulullah s.a.w dan Abdullah ibn Ummu Maktum menunjukkan kapada kita betapa pentingnya peringatan ini sehinggakan Rasulullah s.a.w sendiri memerlukan bimbingan langsung dari Allah Taala. Maka sebagai daie, haruslah kita mengambil pengajaran daripada surah ini sebagai bimbingan untuk kita mendahulukan golongan mad’u mana yang harus kita utamakan demi kelangsungan dakwah dan tarbiyah yang muntij.

Mereka yang seperti Abdullah ibn Ummu Maktum, yang datang bersungguh-sungguh dengan muka berseri-seri dan mata bersinar-sinar untuk mengenal islam serta punya keinginan untuk mentazkiyah diri, maka golongan ini yang harus diutamakan dan bukan diabaikan.

Sedangkan golongan lagi satu yang persis pembesar-pembesar Quraisy tadi, telah Allah nyatakan seperti dalam ayat 5-7, tak menjadi kesalahan pun kepada para daie seandainya mad’u yang kita kejarkan itu, yang kita rasakan akan memberi impak besar pada islam namun merasakan diri mereka berdikari, tak memerlukan pun kepada peringatan dan hidayah Allah, maka orang seperti ini tak rugi pun jika kita tidak meletakkan mereka sebagai prioriti dakwah  kerana kerugian atas mereka sendiri yang tak ada keinginan pun untuk memperbaiki dan membersihkan diri dari jahiliyyah sendiri seperti para pembesar Quraisy tadi.

 

Ayat 17-23: Kekufuran Manusia, Asal-usul Kejadian Manusia, Pilihan Kehidupan, Kematian dan Kebangkitan Semula

Sentap! Baca ayat 17 dengan mata hati, memang terkejut. Atas sebab apa Allah katakan manusia ini wajar dibunuh??? Sebab kekufuran dan kesombongan menolak hidayah dan dakwah yang disampaikan untuk mentazkiyah diri. Seperti peristiwa yang diceritakan di atas tadi yang mana golongan yang tak merasakan perlu terhadap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. maka Allah telah mengecam orang –orang yang merasakan seperti itu wajarlah dibunuh!

Kenapa lagi?

Apakah asal-usul kejadian manusia ni hebat sangat mengalahkan kejadian langit dan bumi? Tak. Penciptaan langit dan bumi jauh lebih hebat, namun kejadian kita pun tak kurang hebatnya yang diciptakan oleh Allah Yang Maha Menciptakan dan Maha Membentuk Rupa, dijadikan kita seindah dan sebaik-baik kejadian sedangkan asal kita ini hina dina. Lalu setelah diciptakan sedemikian indah rupa, Allah juga yang telah memberi kita kemudahan untuk memilih jalan kehidupan. Baik atau buruk. Islam atau jahiliyyah. Allah telah beri kita semua kemudahan termasuklah akal yang cerdas untuk berfikir, lalu kenapa manusia tidak juga mahu menggunakan nikmat akal itu untuk berfikir dengan baik untuk memilih jalan hidayah Allah? Allah juga mengurniakan jasad yang sihat, sifat yang cukup dengan kelebihan-kelebihan yang ada pada diri manusia juga sebagai kemudahan untuk manusia memilih jalan ke arah-Nya.

Lalu sesudah perjalanan hidup itu, manusia pasti akan menemukan mati. Permulaan kejadian manusia sama dengan pengakhirannya- kedua-duanya di bawah kekuasaan Allah Taala. Namun, kematian manusia juga dimuliakan Allah, subhanallah!

Seperti kisahnya pembunuhan pertama dalam sejarah manusia, Allah telah mengilhamkan Qabil dengan mengirim sepasang gagak yang berlawan dan akhirnya salah seekor daripadanya mati. Maka gagak yang menang itu mengorek tanah dan menanam serta menimbus kembali lawannya yang mati tadi. Begitu Allah telah memuliakan kematian manusia, manusia tak dibiarkan tinggal di atas mukabumi dimakan binatang buas dan sebagainya tetapi dikuburkan sebagai penghormatan kepada jasad. Berasal dari tanah, ke dalam tanah juga manusia dikembalikan.

Lalu kemudian manusia akan dibangkitkan kembali kerana manusia tak akan dibiarkan hidup percuma di bumi kerana pada setiap ciptaan Allah itu ada hak dan tujuan yang pasti. Allah tak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia. We are not meant to live for no reason.

Seakan sekali lalu Allah menceritakan kitaran hidup manusia, tapi manusia nyata belum lagi melaksanakan perintah Allah dengan sebenar-benarnya dan sebaik-baiknya sehinggalah tiba di penghujung kehidupan di dunia. Seharusnya tidak sama sekali berlaku seperti itu tetapi manusia leka dan lalai semasa hidupnya yang singkat itu, tidak beribadah dengan sebenar-benar ibadah yang ikhlas, tidak bersyukur dengan kesyukuran yang sebenar serta tak menggunakan perjalanan hidup yang singkat yang dipermudahkan Allah itu ke jalan-Nya dalam mengumpul bekalan bagi menghadapi Hari Pembalasan kelak.

 

Ayat 24-32: Makanan Sebagai Mukjizat

Makanan sangatlah asasi dalam kehidupan manusia sehingga terlampau biasa, manusia terlepas pandang pada luar biasanya kejadian makanan yang dah biasa dimakan tu. Maka Allah mengingatkan manusia untuk memerhatikan pada kejadian makanan manusia dan ternakan yang unik lagi hebat!

Asalnya makanan daripada air hujan yang diturunkan oleh Allah Taala yang mana air itu sendiri sangat hebat ciptaan-Nya yang mana Allah telah berfirman dalam surah Al-Mulk:

“Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

[Al-Mulk, 67:30]

 

Maka daripada air itu, tumbuhlah pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang pelbagai rupa dan warna. Bagaimana tertumbuh? Melalui belahan yang sempurna. Belahan yang pada hemat kita nampak biasa tapi pernahkah kita terfikir selama ini begitu hebat sangat tunas pokok yang lembut dan kecil dengan perlahan muncul menampakkan diri di permukaan tanah yang keras? Maka kuasa apakah lagi kalau bukan qudrat Ilahi yang telah membelahkan bumi dengan sempurna baginya untuk menerobos tanah yang keras kerana tunas itu sendiri sangatlah kerdil dan lembut untuk menembusi tanah bumi, melawan arah graviti pulak tu. Subahanallah!

Kemudian, ditumbuhkan pula pelbagai jenis biji-bijian dan buah-buahan serta kebun yang subur. Biji-bijian, anggur dan zaitun menjadi contoh yang disebutkan kerana tumbuhan ini menjadi makanan asasi kepada masyarakat arab ketika itu malah ketika ini juga! Maka contoh ini lebih dekat kepada mereka dan makanan sendiri dekat dengan manusia untuk kita ambil ibrah daripada penciptaanya. Pada tumbuhan-tumbuhan inipun kita dapat lihat ciptaan Allah yang hebat, tumbuh pada tanah yang sama disiram dengan sumber air yang sama tetapi kuasa Allah telah menumbuhkan tumbuhan yang pelbagai. Begitu juga bagaimana kita dapat lihat, semua ciri-ciri baka induk tumbuhan-tumbuhan itu terjaga rapi dan masih mengekalkan ciri-ciri yang sama apabila dicambahkan melalui biji benih daripada tumbuhan asal. Malah, manusia tidak mampu untuk mencipta biji benih sekalipun. Subhanallah!

 

Ayat 33-42: Hari Qiamat- Suasana & Golongan-golongan Manusia

Bahagian terakhir surah ini mengakhiri peringkat penciptaan manusia, kesudahan bagi hidup manusia yang dilimpahi pelbagai kenikmatan.  Pembahagian terakhir surah ini disudahi dengan mengaitkan kembali bagaimana kesan kepada neraca pandang yang dipilih manusia pada awal bahagian surah ini, sama ada neraca Allah yang menjadi pilihan atau neraca manusia yang tidak sempurna yang hanya menitik-beratkan keadaan sekeliling yang duniawi semata.

Seandainya neraca Allah yang menjadi pilihan manusia yang berfikir menggunakan jalan yang telah dimudahkan Allah, maka pada hari Qiamat nanti mereka tergolong dalam kalangan yang wajahnya bersinar-sinar seperti bersinarnya wajah mereka ketika teruja untuk mentazkiyah diri dengan islam seperti kisah Abdullah ibn Ummu Maktum tadi.

Namun, jika neraca manusia yang lebih disukai, neraca yang hanya mengambil nilai duniawi yang hanya berkuatkuasa di dunia dalam kalangan manusia, maka apabila Hari Qiamat nanti, golongan ini menjadi golongan yang rugi kerana nilai itu tidak lagi berkuatkuasa pada hari itu. Wajah mereka suram-muram penuh penyesalan kerana menyedari kesilapan mereka namun telah terlambat dan mareka tahu mereka akan menerima balasannya.

Semoga kita menjadi manusia yang mengikut nilaian pada neraca Allah kerana itulah neraca yang ‘valid’ di dunia mahupun akhirat kelak.

Wallahu a3lam.

*Sumber: Tafsir Fi-zilal Quran

 

kerja banyak lagi!

Baru-baru ini saya melihat terlalu banyak isu semasa yang memeranjatkan kita. yang pertama tentang utusan melayu yang memaparkan gambar yang tidak sesuai untuk tatapan umum, kemudian kita diperanjatkan dengan kehadiran seorang perempuan muslim yang membawa idea reformasi, irshad manji, kemudian sekali lagi kita tersentak dengan himpunan sejuta belia yang dihiasi dengan jihad dalam hiburan. Kita penat bukan dengan isu-isu semasa begini. Kita penat memarahi itu dan ini. kita akhirnya tertipu antara semangat dan iman.

Kerana itu, kefahaman bahawa ummat kita sedang dalam ummat jahiliyyah akan menyebabkan kita lagi kencang beramal dan semangat ini atas dasarnya iman. bukan semangat yang berdasarkan isu-isu sahaja. jika begitu jadilah kerja kita hanya bermusim dan berisu. jika tiada isu, maka kita pun berhentilah bekerja dan beramal. begitukah?

Selain memahami bahawa ummat kita sedang berada dalam status ummat jahiliyyah,cakna terhadap isu-isu global juga sangat penting dalam menjadi ‘catalyst’ untuk kita terus bekerja.Berapa ramai di luar sana terlalu sibuk memikirkan soal politik,terlalu sibuk dikaburi keruntuhan jahiliyyah anak-anak muda sehingga terlepas pandang isu global yang menuntut kita untuk menggembleng sepenuh tenaga dalam menyelesaikannya.

Negara-tanah-tumpahnya-darahku ini terus dicorakkan dengan keruntuhan akhlak,sedang saudara-mara kita di sana dicorakkan dengan keruntuhan bangunan rumah yang mereka bina,dimusnahkan lagi oleh bedilan-bedilan bom dan peluru yang bertalu-talu dari tentera Laknatullah.tentera  Israel.Sedang umat-umat Palestin berjuang dengan isu mogok laparnya,rakyat Malaysia sibuk mengobarkan ‘semangat jihad’ dalam industri hiburannya.

Inilah implikasinya,saat manusia jahil dalam mengetahui tujuan hidup yang dua,abid yang tunduk patuh pada Allah dan khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi ini dengan sistem Allah.

Kerja kita panjang lagi dan menuntut sepanjang masa bukan bermusim. orang kata dua puluh empat tujuh? ya, mari kita buktikan muslim dan daei juga 24/7 inshaallah.

Fasabrun jameeel, wallahul musta3an :) [Dan sesungguhnya kesabaran itu indah,dan Allah pasti akan membantu]

Dakwah itu adalah kehidupan kita, maka ia bukan lagi satu komitmen.

Kerja kita bukan isu oriented. Kerja kita sepanjang masa. Waktu ade isu ke xde isu ke kita kena tetap dengan hammasah.

Pelbagai isu berlegar sekarang ni, jadikanlah ia sebagai booster buat kita para duat.

Buat para duat: teruslah bekerja. teruslah berdakwah. teruslah mentarbiyah diri dan manusia lainnya. Teruskan. jangan ragu-ragu dengan janji Allah.Kerana orang yang beriman itu tidak pernah ada ragu,dan senantiasa yakin dengan janji-jani Allah yang bakal dikotakan,tidak di dunia,pasti di syurga.

 

Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada [pula] yang menunggu-nunggu [1] dan mereka sedikitpun tidak merobah [janjinya],  supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu karena kebenarannya, dan menyiksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (33:23-24)

Buat para pelaku jahiliyyah (ye, kita pun termasuk skali dlm golongan ini): teruskan lah juga dengan kerjaya anda tetapi di akhirat nanti jangan katakan perkataan sesal, ‘kalaulah aku dikembalikan semula ke dunia…’

wallahu a3lam

“Satu je kerja tiada cuti mingguan mahupun bulanan mahupun tahunan. Tiada gaji apatah lagi bonus raya dan tahunan. Tiada juga office hour. Iaitu kerja dalam syarikat dan madrasah dakwah dan tarbiyah. Be prepared!”

selamat bekerja semua orang :)