kerja banyak lagi!

Baru-baru ini saya melihat terlalu banyak isu semasa yang memeranjatkan kita. yang pertama tentang utusan melayu yang memaparkan gambar yang tidak sesuai untuk tatapan umum, kemudian kita diperanjatkan dengan kehadiran seorang perempuan muslim yang membawa idea reformasi, irshad manji, kemudian sekali lagi kita tersentak dengan himpunan sejuta belia yang dihiasi dengan jihad dalam hiburan. Kita penat bukan dengan isu-isu semasa begini. Kita penat memarahi itu dan ini. kita akhirnya tertipu antara semangat dan iman.

Kerana itu, kefahaman bahawa ummat kita sedang dalam ummat jahiliyyah akan menyebabkan kita lagi kencang beramal dan semangat ini atas dasarnya iman. bukan semangat yang berdasarkan isu-isu sahaja. jika begitu jadilah kerja kita hanya bermusim dan berisu. jika tiada isu, maka kita pun berhentilah bekerja dan beramal. begitukah?

Selain memahami bahawa ummat kita sedang berada dalam status ummat jahiliyyah,cakna terhadap isu-isu global juga sangat penting dalam menjadi ‘catalyst’ untuk kita terus bekerja.Berapa ramai di luar sana terlalu sibuk memikirkan soal politik,terlalu sibuk dikaburi keruntuhan jahiliyyah anak-anak muda sehingga terlepas pandang isu global yang menuntut kita untuk menggembleng sepenuh tenaga dalam menyelesaikannya.

Negara-tanah-tumpahnya-darahku ini terus dicorakkan dengan keruntuhan akhlak,sedang saudara-mara kita di sana dicorakkan dengan keruntuhan bangunan rumah yang mereka bina,dimusnahkan lagi oleh bedilan-bedilan bom dan peluru yang bertalu-talu dari tentera Laknatullah.tentera  Israel.Sedang umat-umat Palestin berjuang dengan isu mogok laparnya,rakyat Malaysia sibuk mengobarkan ‘semangat jihad’ dalam industri hiburannya.

Inilah implikasinya,saat manusia jahil dalam mengetahui tujuan hidup yang dua,abid yang tunduk patuh pada Allah dan khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi ini dengan sistem Allah.

Kerja kita panjang lagi dan menuntut sepanjang masa bukan bermusim. orang kata dua puluh empat tujuh? ya, mari kita buktikan muslim dan daei juga 24/7 inshaallah.

Fasabrun jameeel, wallahul musta3an :) [Dan sesungguhnya kesabaran itu indah,dan Allah pasti akan membantu]

Dakwah itu adalah kehidupan kita, maka ia bukan lagi satu komitmen.

Kerja kita bukan isu oriented. Kerja kita sepanjang masa. Waktu ade isu ke xde isu ke kita kena tetap dengan hammasah.

Pelbagai isu berlegar sekarang ni, jadikanlah ia sebagai booster buat kita para duat.

Buat para duat: teruslah bekerja. teruslah berdakwah. teruslah mentarbiyah diri dan manusia lainnya. Teruskan. jangan ragu-ragu dengan janji Allah.Kerana orang yang beriman itu tidak pernah ada ragu,dan senantiasa yakin dengan janji-jani Allah yang bakal dikotakan,tidak di dunia,pasti di syurga.

 

Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada [pula] yang menunggu-nunggu [1] dan mereka sedikitpun tidak merobah [janjinya],  supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu karena kebenarannya, dan menyiksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (33:23-24)

Buat para pelaku jahiliyyah (ye, kita pun termasuk skali dlm golongan ini): teruskan lah juga dengan kerjaya anda tetapi di akhirat nanti jangan katakan perkataan sesal, ‘kalaulah aku dikembalikan semula ke dunia…’

wallahu a3lam

“Satu je kerja tiada cuti mingguan mahupun bulanan mahupun tahunan. Tiada gaji apatah lagi bonus raya dan tahunan. Tiada juga office hour. Iaitu kerja dalam syarikat dan madrasah dakwah dan tarbiyah. Be prepared!”

selamat bekerja semua orang :)

Pasukan penyelamat

Kesinambungan daripada post yang lalu,kita ditinggalkan dengan persoalan,bagaimanakah untuk mewujudkan sebuah pasukan keselamatan?

Dan jawabannya adalah TARBIYAH.Tarbiyah itu datangnya dari Allah secara langsung kepada Rasulullah.Lalu saat wahyu itu turun,tanpa bertangguh,Rasulullah menyampaikan kebenaran itu kepada Khadijah binti Khuwailid,Abu Bakar As-Siddiq,Uthman,Ali dan sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini.

Suatu proses yang menyentuh ketiga-tiga komponen yang menjadikan seorang manusia itu bukan robot mahupun bangkai bernyawa yang bergerak.Suatu proses pembinaan yang menyentuh akal melalui TAALIM Al-Qur’an dan As-Sunnahnya,menyentuh jasad melalui TILAWAH Al-Qur’annya dan hati.Suatu proses yang menyentuh hati melalui TAZKIAH [penyucian] jiwanya.Bukankah kenyataan ini telah dinukilkan dalam Al-Qur’an surah Jumuuah ayat 2

Read more of this post

Umat Jahiliyyah

Geleng kepala dan tanggan menggerakkan tetikus,cursor diskroll ke bawah dengan pantas.Balik-balik isu politik.Malaysia terlalu sibuk dengan isu politik sehingga isu-isu besar ummah seperti Pilihan Raya Mesir,isu kemanusiaan seperti Palestin di Syria,liputannya tidak meluas.Lantaran itu,ramai rakyat Malaysia yang tidak pernah cakna,apa sebenarnya yang parah sedang berlaku di dunia sekarang.

Namun,cukuplah berita-berita jenayah,peningkatan bilangan murtad,bunuh anak,kepincangan akhlak dan sebagainya menggambarkan keadaan Malaysia yang sudah parah laksana pesakit jantung yang menunggu masa dimasukkan ke dalam unit rawatan Rapi.

Suatu masa dahulu,negara Arab pernah mengalami detik-detik zaman yang penuh dengan kejahilan.Dan bukanlah kejahilan itu terletak kepada kebodohan ilmu sebagaimana yang dilihat berdasarkan kaca mata manusia zaman sekarang,atau sepertimana yang dinukilkan dalam kitab-kitab teks sejarah tingkatan empat dalam bab arab jahiliyyah.Kalau tidak,masakan Abu Jahal yang diangkat menjadi pemimpin Arab itu dikategorikan sebagai jahiliyyah juga.sedangkan bukankah pemimpin seringkali dipilih dalam kalangan orang yang bijaksana?

Read more of this post

Ya Umm Hamzah

We were done for the day. It was a long day all right, uneventful, i can safely say. Naturally i was thinking of a warm, wholesome dinner and recounting remarkable points of the day I often make a point to share. I fondly refer to them as our little ‘story-swap sessions’. I was disappointed there wasn’t much to tell, everyone in the group was behaving miraculously well, and there wasn’t even a slightly eccentric character in sight.

And I saw them. She was limp on her shoulder, lifeless I first thought, if not for her blinking eyes. I came to realize that this was the same child I saw sleeping on her bed minutes ago. I walked with them to the elevator, purposely going out of the unpredictable elevator; that works only under some very specific circumstances at very random times, when they went out, so I could be with them a little bit longer. I watched her as she asked the security guard to tell her when the next elevator would come, she wanted to go and sit, the child was too heavy for her to carry. I went in with her when the next one eventually came, and watched her tell the guards at the closed front door, she just couldn’t walk any farther with the child, and heard them replied a dry ‘Allah helps you’.

Read more of this post

Risalah pertama oleh Abbas Assisi

Wahai saudaraku di jalan Allah,

Salamullah ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya, manusia mengucapkannya sebagai kebiasaan tetapi kita mengucapkannya sebagai ibadah. Kita merasakan makna yang mendalam tatkala kita mengucapkannya. Salamullah ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

Sesungguhnya aku berdiri di atas mihrab solat dalam doa hamba yang benar membawa cinta dan kasih sayang. Aku mengucapkannya kepada kamu dengan ikhlas: Salamullah ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya dan doa pun sempurna. Aku berdoa kepada Allah s.w.t untuk kamu dengan salam, rahmat dan berkat. Sesungguhnya, doa ku dari hati, aku mencintaiMu tanpa aku melihatMu. Tetapi aku mencintai manusia dan aku melihat mereka dengan hatiku. Hati adalah gudang rahmat, cinta dan kehidupan. Dan hati yang menjadikan manusia disifatkan dengan kebaikan, kebenaran, rasa, kecantikan dan kehidupan,dan ini wasiat aku yang pertama untuk kamu supaya menjadikan seluruh jasad kita untuk kebaikan, kebenaran, rasa, malu dan indah. Kuasa malu itu dapat menundukkan hati, dan kuasa cantik itu dapat menundukkan akal. Dan kecantikan yang aku maksudkan ialah menjelaskan ruh itu dengan kejernihan wajah,

Read more of this post

Sifat-sifat osem lagi menarik!

MUWASAFAT TARBIYAH

1. Salimul Aqidah

– Hadith Rasulullah, “Sesiapa yang redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agamanya dan Muhammad adalah nabi Allah, nescaya telah ditetapkan baginya syurga”.

Read more of this post

Syarah Doa Rabithah

 

Doa rabithah sebenarnya bukanlah doa ma’thur daripada Rasulullah s.a.w. Ia tiada dalam hadeeth atau mana-mana qaul sahabat, jadi mengamalkannya bukanlah sunnah. Tapi dia adalah doa yg dikarya oleh Imam Hassan Al Banna.

Kita boleh amalkan doa yang global ini, sambil menjiwai dan membayangkan, usrah-mate, mutarabbi, ahli bayt, katibah-mate, akhawat Jordan, adik-adik, kakak-kakak, muwajjih, akhawat negara lain, ibu ayah, adik-beradik, ikhwah (tak boleh bayang, niat je utk mereka), kawan-kawan sebatch, akhawat yang bersama-sama dengan kita tak kira apa bangsa di seluruh dunia, para sahabat Rasulullah .s.a.w, para ikhwan seluruh dunia, even Nabi Adam a.s and the list keeps going and expanding more and more towards infinity..!

*ma’thur = doa yg riwayatnya bersambung kepada Rasulullah s.a.w dan mengamalkannya, inshaAllah dikira pahala ittiba3 sunnah sekiranya diniatkan sebegitu.

Dalam Majmu3 Rasail pun IHAB ada sebut pasal wirid-wirid yang dia galakkan untuk diamalkan oleh para ikhwan termasuklah:

Read more of this post