Permohonan ke Jordan Sesi 2012/2013

Sedikit Makluman buat mereka yang LAYAK sahaja.
Berita gembira buat semua calon spm2011 yang ingin menyambung pengajian di Jordan sudah dibuka borang permohonan untuk mereka yang layak.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Jordan di peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:
SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PENGAJIAN ISLAM DI UNIVERSITI JORDAN SESI AKADEMIK 2012/2013
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian bagi semua mata pelajaran (khusus mata pelajaran Bahasa Arab) berkaitan bagi semua bidang pengajian di peringkat SPM.
Tawaran kemasukan ke universiti dijangka diumumkan pada bulan September 2011.
Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti Jordan KPT/JORDAN/2012 boleh dimuat turun disini
Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 18 MEI 2012 di alamat berikut;
Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan (Education Malaysia) Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Aras 4 No 2, Menara 2,Jalan P5/6, Presint 5,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 PUTRAJAYA
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Dan yang paling mudah anda pergi ke Jabatan Agama Islam di Negeri masing-masing dan mohon borang untuk sambung pengajian Luar Negara Ke Timur Tengah

Biasiswa @ Zakat tertakluk kepada setiap Jabatan Agama Negeri @ Yayasan Negeri masing-masing

Jangan Lupa Tajdid Niat !

Sharing is caring :))