Aidil Adha | Tadhiyyah,taqwa dan Maghfirah

Bulan Zulhijjah datang lagi.Sebuah bulan yang sangat sinonim dengan tema keikhlasan,pengorbanan dan seringkali dikaitkan dengan ibadah Haji.Beruntung berada di timur tengah.Kerana di Jordan bumi beraroma syawarma inilah,aku dikenalkan dengan pesta ibdah pada 10 hari terawal bulan zulhijjah sebagaimana yang telah digalakkan semenjak zaman rasulullah lagi dalam salah satu hadith riwayat bukhari yang berbunyi :

 

“Tidak ada hari-hari yang pada waktu itu amal shaleh lebih dicintai oleh Allah melebihi sepuluh hari pertama (di bulan Dzulhijjah).” Para sahabat radhiyallahu ‘anhum bertanya, “Wahai Rasulullah, juga (melebihi keutamaan) jihad di jalan Allah?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “(Ya, melebihi) jihad di jalan Allah, kecuali seorang yang keluar (berjihad di jalan Allah) dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak ada yang kembali sedikitpun.” (HR al-Bukhari)

 

Sebulan yang penuh barakah telah berlalu,disambut dan diraikan kemenangannya dengan Hari Raya Aidilfitri,kini pakej barakah datang lagi dengan menjanjikan 10 hari siang yang terbaik jatuh pada bulan Zulhijjah.Khusus Allah sediakan buat sang perindu hari-hari yang penuh gemilang dan pesta ibadah pada 10 malam terakhir ramadhan yang lalu.Jika pada  hari terakhir ramadhan yang lalu Allah menawarkan bonusmalam lailatul Qadr yang penuh misteri,kali ini bulan zulhijjah Allah menawarkan bonus istimewa pada hari Arafah yang jatuh pada 9 zulhijjah dengan pakej pengampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.Nangis laju-laju terharu sangat dengan Allah.Dia dah khabak dah hari apa nak dapat bonus.Kalau Sameh Mall dah bagitau awal-awal pada anda ada sale murah hari Ahad ini sempena raya haji,pasti anda akan berpusu-pusu ke sana Ahad ini bukan.Maka tawaran Allah yang osem dan tidak dirahsiakan lagi ini,apakah pantas kita mensia-siakannya.

Image

[kredit]

Siapa yang tidak mahu melepaskan peluang menghapuskan dosa-dosa dan kesilapan yang lalu.Kalau boleh ingin pulang ke kampong akhirat dalam keadaan qalbun saleem dan kesilapan yang dicatat oleh Raqib Atib terhapus semuanya tanpa diungkapkan pada Yaum Taghabun,hari pengungkapan kesalahan-kesalahan.Malu rasanya jika orang di kanan dan kiri kita mengetahui dosa-dosa yang menggunung tinggi sama ada yang dizahirkan apatah lagi yang disembunyikan.

 

Ingatlah] hari [yang di waktu itu] Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan [untuk dihisab], itulah hari [waktu itu] ditampakkan kesalahan-kesalahan. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal saleh niscaya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keberuntungan yang besar.[64:9]

10 hari terawal di bulan zulhijjah memang ternyata meriah di Timur Tengah.Sebelum melangkah ke zulhijjah lagi,warga tempatan sudah mengagihkan sedikit ‘kit zulhijjah’ berisi kata-kata madah dan mutabaah amal yang boleh dilakukan pada hari istimewa yang Allah tawarkan pada bulan pengorbanan ini.Malah,pihak jamiah turut mengadakan satu ceramah khas menerangkan tentang bulan zulhijjah,dan kelas Fiqh Mar3ah yang disampaikan Dr Uqlah setiap hari Ahad juga membentangkan bab haji untuk memberi roh kepada kita yang sedang berada di bulan ini.Meski kita tidak berkesempatan merasai suasana yang penuh drama dan bayangan hari akhirat bersama jemaah haji yang barangkali sekarang sedang berlari-lari anak di Safa dan Marwa,penuh perasaan bertalbiah dan melontar jamratul Aqabah,penuh zuhud dengan kain putih dan debu-debu yang melekat di wajah,namun barangkali sedikit perkongsian dapat memberikan kita peluang untuk menghayati suasana itu bersama.Insha Allah,marilah kita memasang niat moga Allah izinkan untuk ke sana suatu hari nanti.Siapa tahu,hanya dengan niat,Allah janjikan pahala yang lebih besar dari jemaah haji di sana.Wallahua’lam.

Mengikuti tafaqquh tentang haji tempoh hari,ana sedikit sebanyak tersentuh dengan keindahan islam terhadap wanita.Semboyan jihad sentiasa berbunyi.Dan kita sebagai seorang wanita tersering hati turut terusik untuk turut bersama memegang senjata,menjadi Robittin,bertahan di kubu-kubu menjaga Negara dari pihak musuh.Tetapi tahukah anda apa jawab rasulullah saat seorang wanita bertanya tentang jihad seorang wanita?

لا جهادكن الحج المبرور هو لكن جهاد

Tidak,bahkan jihad kamu adalah haji yang mabrur,itulah jihad buat kamu.

(Ahmad 23483,Bukhari 1520,2875)

Islam turut mengangkat martabat wanita dengan memberikan syarat tambahan dan khas kepada wanita yang ingin menunaikan haji,iaitu mestilah ditemani dengan mahram.Yang mana mahram ini dikategorikan kepada 2 bahagian.

  1. Suami
  2. Mahram disebabkan oleh hubungan nasab,susuan dan musaharah (mertua@menantu)

Adapun Syafie turut menambah mahram dalam kalangan jemaah wanita.Namun begitu,Imam Abu Hanifah,mazhab Maliki dan Hanifi tidak sependapat dengan pendapat ini kerana waqi’ (keadaan) kita zaman sekarang yang bertambah ramai dan sesak.Maka ini sedikit mengancam keselematan wanita untuk melakukan ibadah haji di sana.

Islam juga menghargai wanita-wanita yang mengendong anaknya semasa melaksanakan ibadah ini dengan menerima ibadah haji anak ini mengganjari pahala kepada anak yang berada dalam dukungan ibu-ibu yang melaksanakan haji.Indah bukan bagaimana islam meraikan wanita?

Berbalik kepada bulan zulhijjah.Ternyata bulan-bulan ini Allah seolah-olah mahu melihat kita kembali kepadanya dalam keadaan suci dari debu-debu dosa.Ibadah haji yang difardhukan diletakkan syarat agar orang yang ingin mengerjakannya memastikan diri mereka 0-0 dulu dengan mana-mana manusia yang barangkali disakiti,dikhianati atau dizalimi.Kerana     menghapuskan dosa antara kita dengan Allah hanya memerlukan 3 syarat iaitu :

  1. taubat nasuha
  2. menyesal
  3. bersungguh-sungguh tidak mengulangi dosa

sedangkan menghapus dosa dengan hamba Allah ditambah dengan satu lagi syarat iaitu

  1. memulangkan hak kepada yang berhak.

Yang diumpat,dipohon kemaafan,yang dicuri hartanya dipulangkan,yang disakiti didamaikan hatinya.Biar saat menerima pakej pengampunan di Yaum Arafah,kita memang bersih secara total.Tiada debu-debu dosa yang melekat seperti debu-debu yang melekat di kain putih ihram kita.Kesat ayak mata.Pahni nak kena minta maaf kat ramai orang.

Allah juga mahu melihat kesungguhan kita meraih bonus istimewa pengampunan dosa tahun lalu dan tahun akan datang dengan kata-katanya yang  berbunyi :

 Daripada Ibn Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Wuquf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah Taala turun ke langit dunia (yang paling bawah) dan berbangga dengan kamu di hadapan malaikat dengan firman-Nya: “Hamba-Ku datang dari segenap pelosok dunia yang jauh dalam keadaan tidak terurus dan berdebu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurga-Ku. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau sebanyak buih di lautan, nescaya aku akan menghapuskan kesemuanya. Allah berfirman lagi: “Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang terampun daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka.”(Sahih al-Targhib Wa al-Tarhib)

Barangkali pasti kita yang rabun hikmah akan membuat persepsi betapa selekeh dan tak terurusnya umat islam,berjumpa Allah dalam keadaan tidak kemas malah ditompoki debu-debu tanah Haram.Tetapi,begitulah hakikatnya,ibadah haji yang diwarna-warnikan dengan rukun wukuf di Arafah,Sa’i,tawaf dan tahallul sebenarnya ingin mentarbiyah manusia untuk memiliki kerendahan hati,meyedari hakikat seorang abdi,dan pulang kepada Allah dengan memohon keampunan.Jika anda seorang raja melihat seorang hamba yang serba kekurangan datang dalam keadaan lemah,menghinakan diri sujud menyembah,pantaskah kita murka.Malah secara fitrahnya pasti timbul belas kasihan sehingga kita memberikan sejuta pengampunan dek kerana melihatkan kesungguhannya memohon daripada kita.Bukankah begitu?

Sempena zulhijjah 1435 ni,marilah sama-sama kita menghayati mesej yang Allah ingin sampaikan melalui surah Al-Haj,dan melalui ibadah haji dan korban itu sendiri.Tenunglah dalam-dalam bait-bait surah ke 22 ini.Awalnya bermula dengan gambaran kiamat,sedang akhirnya ditutup dengan ikhlas,taqwa dan tadhiyyah.Jika dihayati tiap-tiap manasik haji,ternyata ianya sedang memberikan gambaran tentang hari kiamat kepada kita.Bagaimana sesaknya padang Arafah yang memberi kita gambaran sesaknya padang Mahsyar bahkan lebih dahsyat lagi.Bagaimana lelahnya jemaah haji dengan kepanasan makkah seolah-olah mati kelelahan kemudian dibangkitkan seperti bangkit dari kubur untuk menyambung manasik-manasik dan menyempurnakan rukun yang belum terlaksana.Dan pokoknya adalah ketaatan,keihkhlasan dan ketaqwaan.

Demikianlah [perintah Allah]. Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah [1] maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati (22:32)

Semoga aidil Adha kali ini kita raikan bukan hanya dengan keterujaan melihat lembu-lembu dan kambing ditundukkan oleh Allah untuk menjadi habuan kita.Semoga aidil adha kali ini kita benar-benar teruja meraikannya mengalahkan meraikan Aidil Fitri hari raya.Bahkan kita sangat mengalu-alukan kehadirannya,kerana di situ terletak sebuah pakej pengampunan dosa.

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.[66:8]

 

-mujahidahistiqamah-

Sharing is caring :))