Syarah Doa Rabithah

 

Doa rabithah sebenarnya bukanlah doa ma’thur daripada Rasulullah s.a.w. Ia tiada dalam hadeeth atau mana-mana qaul sahabat, jadi mengamalkannya bukanlah sunnah. Tapi dia adalah doa yg dikarya oleh Imam Hassan Al Banna.

Kita boleh amalkan doa yang global ini, sambil menjiwai dan membayangkan, usrah-mate, mutarabbi, ahli bayt, katibah-mate, akhawat Jordan, adik-adik, kakak-kakak, muwajjih, akhawat negara lain, ibu ayah, adik-beradik, ikhwah (tak boleh bayang, niat je utk mereka), kawan-kawan sebatch, akhawat yang bersama-sama dengan kita tak kira apa bangsa di seluruh dunia, para sahabat Rasulullah .s.a.w, para ikhwan seluruh dunia, even Nabi Adam a.s and the list keeps going and expanding more and more towards infinity..!

*ma’thur = doa yg riwayatnya bersambung kepada Rasulullah s.a.w dan mengamalkannya, inshaAllah dikira pahala ittiba3 sunnah sekiranya diniatkan sebegitu.

Dalam Majmu3 Rasail pun IHAB ada sebut pasal wirid-wirid yang dia galakkan untuk diamalkan oleh para ikhwan termasuklah:

1) Wirid yang dibaca setiap hari (Istighfar 100 kali dll)

2) Wirid Al-Quran (Surah Kahfi setiap minggu, Al-Mulk sebelum tidur dll.)

3) Doa pagi dan petang (doa masuk tandas, doa pergi masjid dll)

4) Doa-doa ma’thur yg khusus (doa istikharah, doa musafir dll.)

5) Wirid lain:

– Wirid doa (taklifan cth wajib tasbeeh 100 kali)

– Wirid robithoh (doa rabihtah ini)

Dan yg paling menarik (tak pernah tahu sebelum ini)

– Wirid muhasabah (apabila rujuk kembali borang mutabaah amal sebelum tidur, kalau berjaya buat task, cakap Alhamdulillah, puji-puji Allah. Kalau tidak berjaya buat, Istighfar mintak ampun sungguh-sungguh, bertaubat dan meletakkan azam utk buat lebih baik esok hari..! MashaAllah)

Waaa..! Macam mana ni? Patutlah hati tak tenang, sebab kurang ingat Allah. Tapi lebih ingat benda bukan Allah. Astaghfirullah… dah terus tak berani mengaku “akhawat”.

Dan.. sebab apa semua ini kita kena tekankan..?? Sebab prinsip dakwah kita mementingkan kebersihan kejernihan jiwa dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.. huu.. Sangat muhasabah.

Dan syarah ni membahagikan doa rabithah kepada 4 bahagian :

1) Sifaatul qulub (ciri-ciri hati)

2) Tarbiyatul qulub (mendidik hati)

3) Zaadul qulub (bekalan untuk hati)

4) Amalul qulub (pekerjaan hati)

(tak nak cerita.. kena bace sendiri.. hehe)

Ok.. Nak share qoute-qoute (some are edited) yg menusuk tajam, menerobos dalam hati dlm syarah ni..

1) Cinta pada Allah adalah hasil dari keimanan, dan ia memaniskan iman. Cinta kepada Allah adalah ruh kepada Iman & Amal.

2) Rasulullah s.a.w berkata kepada Muaz r.a, “Demi Allah, aku mencintaimu wahai Muaz, maka janganlah engkau lupa pada setiap akhir solat utk berkata, ‘Allahumma a3inna a3la dzikrika, wa syukrika, wa husn i3badatik’”

3) Teringin nak jadi ahli to’ah. Ahli to’ah adalah orang yg berAMAL mencari keREDHAan ALLAH pada SETIAP WAKTU. Dan mereka adalah orang yang PANDAI TUNDUK kepada Allah.

4) (Al-Furqan : 30)

5) Kita adalah pemilik-pemilik hati. Tapi adakah kita pemilik hati yang Allah izinkan utk membawa dan berada dalam kafilah risalah yg amat suci ini..? Atau adakah kita macam orang yg dalam surah at-Taubah itu, Allah tak meredhai keberangkatan mereka. Naudzubillah.

6) Adakah batu-bata pertama, masyarakat Madinah selain daripada ukhuwwah yang indah..?

7) Ukhuwwah adalah mu’jizat. Kerana tiada apa yang boleh menghimpunkan hati-hati orang yang beriman untuk berukhuwwah selain Allah s.w.t (Syed Qutb – Fidzilalil Quraan)

8) Mesti kena menjaga nikmat dan kelazatan ukhuwwah ini dengan Salamah as-Sodr, Husnu Dzon dan Ithar.

9) Athifatu Tsulatsa’ (hari Selasa yang berkasih sayang)

– Ini adalah gelaran yg para ikhwan apabila setiap hari Selasa IHAB bagi taujihat kepada mereka. Nak katanya taujihat pada hari itu sangat-sangatlah menekankan pasal ukhuwwah, mahabbah, kasih sayang, cinta. MashaAllah. waa.. sweetnye.. bagi daurah selit-selit pasal kasih sayang.

10) Ya muqollibal quluub, tsabbit qalbi ala deenik (hadeeth Rasulullah s.a.w). Di sini nak tunjukkan bahawa ukhuwwah, kasih sayang, dll mesti ada campur tangan dari Allah, yang Maha Mengawal hati kita.

11) Tawakkal adalah amalan hati para Nabi. (Ibrahim : 12)

12) Barangsiapa mengenal dirinya, dia akan mengenal Rabbnya. (salafus-sholih)

13) Tidur orang yang arif, lebih baik dari jaga orang yang ghafil.. astaghfirullah.

14) Ok.. Rupenye IHAB ada tulis satu artikel yang bertajuk, “seni kematian”.. Takut, tapi teringin nak bace ^_^ siapa jumpe n nak bagi hadiah kepada saya..?? hohoho.

Kerana aktivitas kita di dunia ini, tidak lain adalah aktivitas hati.

Semoga Allah terus jaga hati kecil saya dan awak.. Ameen.

 

 

 

Wallahu a3lam

3 Responses to Syarah Doa Rabithah

  1. arraqaiq says:

    Ukhuwwah adalah mu’jizat. Kerana tiada apa yang boleh menghimpunkan hati-hati orang yang beriman untuk berukhuwwah selain Allah s.w.t (Syed Qutb – Fidzilalil Quraan)

    merindu akhawat tatkala exam, singgah sebentar belek2 blog ini :)

Leave a reply to arraqaiq Cancel reply